,
Laman Utama

Aisar Khaled Sebak Ramai Ghairah Beli Tiket Justin Bieber Tapi Masjid Masih Kosong

Amri Hassan
26/03/2022
10:24 MYT
Pempengaruh dan pelakon Aisar Khaleed mengakui sebak apabila melihatkan fenomena semasa orang ramai lebih taksub pada duniawi.
Mengaitkan hal itu dengan penjualan tiket konsert Justin Bieber Justice World Tour yang berharga lebih RM2,000, Aisar membandingkan situasi itu dengan keadaan masjid yang masih sepi.
“Rasa sebak. Tiket Justin Bieber sampai RM2,088 sekejap je habis. Tapi masjid masih kosong, dahlah percuma.
“Ampunkan dosa kami Ya Allah, kami hamba yang lemah,” ujarnya menerusi video TikTok yang dirakamkan ketika di dalam masjid dipercayai pada solat Jumaat baru-baru ini.
Bagaimanapun, kandungan itu dikecam netizen yang pada hakikatnya penjualan tiket masih belum bermula sedangkan Aisar menyatakan tiket paling mahal sudah habis dijual.
Malah, ada yang secara sarkastik meramalkan Aisar antara individu yang bakal hadir ke konsert terbabit.
BACA: Justin Bieber Bikin Konsert Di Malaysia Oktober Ini, Harga Tiket Dijual Serendah RM288
Tidak henti di situ, ada yang memunggah semula foto dan video aksinya berpeluk dengan seorang pelakon wanita awal tahun ini.
BACA: Video Berpeluk Aisar Khaled & Fify Azmi Jadi Kecaman Netizen - "Ajak Orang Lain Peluk Islam, Tapi Dia Peluk Perempuan"
Namun, ada juga yang menyokong tindakan Aisar yang menegur orang ramai secara terbuka demi amar makruf nahi mungkar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3

gempak
20/09/2024
05:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3 Secara Percuma? Memang best!
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.