gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Saya Dah Penat Hidup Dengan Suami NPD...” – Siti Jamumall
HIBURAN
D4vd Tak Sangka Lagu ‘Meletup’ Di Malaysia, Rancang Jelajah Dunia Selepas Album Sulung
HIBURAN
Jessie J Pilih Amsyar Lee - “Awak Ada Aura Ala-Ala…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

'Air Titik Ke Batu' Kisah Benar Kehidupan Mas Idayu – Farez Adnan

gempak
Umirah Halim
24/05/2025
00:55 MYT
Sponsor Banner
'Air Titik Ke Batu' Kisah Benar Kehidupan Mas Idayu – Farez Adnan
Penyanyi, Farez Adnan, baru-baru ini melancarkan lagu duet bersama ratu dangdut negara, Mas Idayu, berjudul Air Titik ke Batu.
Bukan sekadar kolaborasi muzik, lagu ini juga adalah sebuah karya yang mengangkat kisah peribadi Mas Idayu, khususnya mengenai fasa penceraian yang pernah dilalui.
Menurut Farez, sebagai individu pernah menjadi saksi suka duka kehidupan Mas Idayu, lirik lagu tersebut ditulis berdasarkan pemerhatiannya sendiri terhadap perjalanan hidup penyanyi itu yang dianggapnya seperti seorang ibu.
“Saya sentiasa ada di sisi dia, sama ada dalam susah atau senang. Saya tahu apa yang terjadi dan semua lirik dalam lagu ini adalah berdasarkan apa yang saya lihat sendiri.
“Dia mungkin nampak garang di luar, tapi saya tahu dia seorang yang sangat penyayang. Apa yang saya tulis dalam lagu ini datang dari hati, sebab saya sayang dia seperti ibu saya sendiri, ” katanya kepada Gempak.
Bagaimanapun, Farez juga menjelaskan bahawa lagu itu bukan sahaja berkisarkan kehidupan peribadi Mas Idayu sahaja, malah turut memuatkan kisah hidupnya sendiri yang hampir sama.
Namun, fokus utama lagu itu tetap kepada cerita dan pengalaman Mas Idayu sebagai insan yang sangat akrab dengannya.
“Lagu ini juga ada kisah peribadi saya cengan cerita lebih kurang cuma nak fokus dekat kisah mummy (panggilan mesra untuk Mas Idayu),” katanya.
Tambahnya lagi, tujuan penulisan lagu ini juga bukan untuk memburukkan mana-mana pihak, tetapi hanya untuk menyampaikan realiti kehidupan yang sebenar.
“Lagu ini bukan rekaan. Ia kisah benar. Bukan niat saya untuk memburukkan sesiapa tetapi ia adalah realiti kehidupan yang saya sendiri saksikan.
“Walaupun lagu ini tentang kisah sedih, saya tetap masukkan elemen muzik yang ceria supaya mummy (panggilan mesra untuk Mas Idayu) boleh gembira menikmatinya,” ujar Farez.
Sementara itu, Mas Idayu yang turut ditemui mengesahkan lagu tersebut sememangnya berkisar tentang kisah hidupnya, dan tiada masalah menerima lagu tersebut walaupun mengandungi unsur peribadi.
“Ya, memang itu kisah hidup saya, bukan orang lain. Saya okey saja Farez buat lagu ini sebab dia tahu cerita saya.
“Lagu ini sedap, lirik pun kena dengan saya. Kalau ada benda yang saya rasa menyakitkan atau tidak sesuai, mungkin saya tolak, tapi lagu ini saya terima kerana ia menggambarkan kisah sebenar saya,” katanya.
Topic Berkaitan
#MAS
#Idayu
#Farez Adnan
Must-Watch Video