,
Hiburan

Aina Abdul Berkonsert Di DFP Pada 10 & 11 Mei, Ini Apa Yang Ainations Boleh Jangka Nanti ...

Amri Hassan
23/03/2024
11:19 MYT
Bintang sensasi Aina Abdul akan melakar sebuah lagi sejarah cemerlang dalam portfolio seni beliau apabila berkolaborasi dengan Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Orchestra - MPO) pada 10 dan 11 Mei 2024 nanti.
Konsert yang bakal berlangsung di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), Kuala Lumpur City Centre itu bakal menyertai barisan artis tempatan yang pernah berkolaborasi dengan MPO seperti Tan Sri SM Salim, Datuk Sheila Majid, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk M Nasir, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Zainal Abidin, Dayang Nurfaizah dan Ella.
Lagu-lagu Aina bakal diinterpretasikan dalam gubahan simfoni dan MPO yang akan memberi nafas segar untuk karya seperti Sumpah, Semalam, Sepi, Terus Hidup, Puas Sudah, Sesal, Kamu, Kejam, Imaji, Shadow, Kelip Kelip dan Dawai.
Aina, yang juga merupakan seorang komposer, telah mengagumkan khalayak dengan bakat yang sungguh luarbiasa dan penampilan pentas yang sentiasa kreatif.

BERITA TRENDING: #GTheUntoldStory: Wajah-Wajah The Most Wanted #GMWA23!

Beliau pernah mempersembahkan konsert yang mendapat sambutan hangat seperti Aina Abdul 2.0 di Istana Budaya (2022), A Night With Aina Abdul 3.0 di Axiata Arena Bukit Jalil (2023) dan A Night With Aina Abdul ‘Live’ In Singapore (2024) selain dari kejayaan konsisten di AJL; Vokal Terbaik dan tempat ketiga untuk lagu Jangan Mati Rasa Itu (2024), Vokal Terbaik dan juara untuk lagu Terus Hidup (2023) dan Vokal Terbaik untuk lagu Sepi (2022).
Konsert Aina bersama MPO akan dipimpin oleh Ahmad Muriz Che Rose dan terus menyaksikan keunggulan orkestra ini yang melangkau pelbagai genre muzik; dari muzik klasikal barat ke runut bunyi filem, pop, jazz, tradisional dan kontemporari.

PILIHAN PEMBACA: #GMWA23: Ibu Pengkritik Tegar Aina Abdul - “Dia Suka Hantar Voice Note Macam Radio”

Ditubuhkan pada tahun 1998, MPO terus menyajikan persembahan bertaraf antarabangsa untuk pelbagai lapisan penonton di DFP.
MPO juga telah melebarkan sayap ke negara-negara luar seperti Singapura, Taiwan, Korea, China, Jepun, Vietnam dan Australia.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan sebuah muzik ekstravaganza gabungan dinamik MPO dan Aina Abdul, hanya di DFP!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.