,
Hiburan

Aidil Aziz Komen Isu Babak Panas Fasha - “Sudah Tentu Saya Tahu, Afieq Juga Ada Minta Izin Saya"

Mya Amri
20/01/2024
03:55 MYT
Aktor, Aidil Aziz mendedahkan pelakon, Afieq Shazwan meminta izin daripadanya sebelum menjayakan beberapa adegan panas bersama isterinya, Fasha Sandha menerusi drama Rampas Cintaku 2.
Menurut Aidil, sebagai pelakon dia memahami tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh Afieq untuk menjayakan naskhah berkenaan.
“Sudah tentu Afieq ada minta kebenaran saya. Sebenarnya sejak Rampas Cintaku musim pertama lagi dia sudah minta izin sebab kita bekerja di satu set penggambaran.
“Cuma untuk musim kedua ini saya tidak terlibat dan dia minta izin sekali lagi. Sebab itu saya cakap kita sebagai pelakon ini tahu tahap profesional kita,” katanya ketika ditemui Gempak.
Malah kata Aidil, Fasha juga sudah memaklumkan kepadanya terlebih dahulu mengenai keseluruhan jalan cerita drama tersebut.
“Sudah tentu saya tahu dan Fasha pun memaklumkan pada saya keseluruhan jalan cerita dan juga karakter yang dibawakan pada saya sebelum nak mulakan penggambaran.
“Saya tak terkejut. Sebagai pelakon kita nak menyampaikan sesuatu mesej atau pengajaran itu bukannya melibatkan seorang pelakon, tetapi semua sekali termasuklah pengarahan, pemakaian dan juga shot. Tanggungjawab semua produksi.
“Jadi bila kita dah diberikan amanah untuk menyampaikan, kita kena buat yang terbaik dan perlu sedar yang karakter dibawakan itu bukannya diri kita.
“Itu bukan Fasha sebaliknya adalah watak Datin Safia. Kalau orang nak cari yang negatif dia akan dapatlah yang negatif.
“Tetapi kalau orang pandang sebagai positif, orang akan dapatlah pengajaran dan ambil iktibar daripada cerita tersebut.
“Kita pelakon, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk melakonkan watak itu, di set penggambaran awak adalah isteri dia.
“Habis sahaja penggambaran awak adalah isteri saya. Kita perlu letakkan profesional itu yang penting,” ujarnya.
Selain Fasha, drama terbitan MIG Production itu turut dibarisi Erra Fazira, Zamarul Hisham, Keith Foo, Afiqe Shazwan, Puteri Balqis dan ramai lagi.
Rampas Cintaku 2 sudah pun disiarkan di platform penstriman Over The Top (OTT) iQIYI Malaysia, bermula 19 Januari 2023.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dari Model Kepada Pelakon & Penyanyi, Lee Sung Kyung Kini Pengacara Rancangan Starlight Boys Pula!

gempak
29/08/2024
18:52 MYT
Pelakon dan penyanyi terkenal Korea Selatan, Lee Sung Kyung, secara rasmi sah menjadi pengacara rancangan variasi inspirasi remaja yang dinanti-nantikan, Starlight Boys.
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
ujibakat

Ujibakat Youth with You Malaysia!

gempak
21/06/2024
07:09 MYT
Dah bersedia untuk menyertai Ujibakat Youth With You? Jom sertai sekarang!
Hiburan

Berlatar Belakang Kisah Cinta Terlarang, Drama Baharu Aliff Aziz & Ruhainies Ditayangkan Jumaat Ini

gempak
18/06/2024
07:57 MYT
Drama gandingan Aliff Aziz dan Ruhainies yang berjudul Terjerat bakal menemui penonton pada Jumaat ini.
Hiburan

Air Mata Elisya Mengalir Berkongsi Fasal Fasha Sandha - “Tak Ada Kata Dapat Digambarkan Tapi Saya Memang…”

gempak
08/06/2024
07:55 MYT
Pelakon Elisya Sandha tidak dapat menahan rasa sebak ketika berkongsi mengenai kakaknya yang juga aktres Fasha Sandha yang sentiasa berada bersamanya.