,
Laman Utama

Adik Penyanyi Backstreet Boys, Aaron Carter Ditemui Mati, Lemas Dalam Tab Mandi

Mya Amri
06/11/2022
01:25 MYT
Penyanyi rap, Aaron Carter ditemui mati di kediamannya di California Selatan, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu.
Berita itu disahkan oleh wakil keluarga mendiang namun tiada maklumat lanjut diberikan.
Difahamkan polis menerima laporan sekitar jam 11 pagi berhubung situasi kecemasan di sebuah rumah di Lancaster di mana seorang lelaki ditemukan lemas di dalam tab mandi.
Sumber penguatkuasa undang-undang memberitahu, seorang detektif telah dihantar ke tempat kejadian, namun masih belum mempunyai sebarang maklumat atau bukti berlakunya jenayah.
Terdahulu, Aaron, 34, yang juga merupakan adik kepada Nick Carter dari kumpulan terkenal Backstreet Boys ini pernah tampil membuat persembahan ketika konsert Backstreet Boys dan Britney Spears.
Aaron juga pernah muncul dalam siri realiti keluarga berjudul "House of Carters" yang disiarkan di E! Entertainment Television.
Aaron mula terkenal sebagai penyanyi pop pada akhir 1990-an dan menerbitkan empat album studio bermula dengan album debut pada tahun 1997 ketika berusia 9 tahun.
Album pertamanya terjual lebih sejuta salinan, manakala album kedua "Aaron's Party" tiga kali ganda.
Album studio kelima dan terakhir Carter berjudul LOVE, diterbitkan pada 2018.
Mendiang meninggalkan seorang anak lelaki bernama Prince.
Sumber: TMZ / THE HOLLYWOOD REPORTER
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Kucing Tertua Mati Pada Usia 33 Tahun

gempak
16/09/2024
18:55 MYT
Kucing baka bulu panjang bernama Rosie itu mati di dalam rumahnya di Norwich, Norfolk.
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.