,
Laman Utama

“Ada Waktu Rasa Istiqomah, Ada Waktu Tidak…” – Kila Fairy Masih Takut Andai Pegangan Hati Tidak Kuat

Shahrin Zulkifle
07/07/2022
09:00 MYT
Pelakon cantik manis, Kila Fairy yang berimej kearah lebih sopan dan muslimah mengakui segan untuk berkongsi kisah penghijrahannya.
Menurut Kila atau nama aslinya Syakila Nisa Jahangir, 30, dia mempunyai sebab sendiri untuk tidak berkongsi hal itu kerana dikhuatiri imannya masih tidak kukuh.
“Kila sebenarnya tak pernah kongsi kisah penghijrahan dan kurang bercerita pada umum.
“Sebabnya saya sendiri tidak tahu sampai bila saya bertahan, iman kita ini adakala turun naik.
“Ada waktu rasa beristiqomah ada waktu tidak. Saya sendiri takut.
“Sebab itu saya memilih untuk tidak bercerita lebih, risau pula tiba-tiba lain pula jadinya kan.
“Namun apa yang saya boleh kata, saya akan usaha jadi yang terbaik buat diri saya.
“Dengan bertudung, saya akan kearah lebih baik, mana yang mudah saya mudahkan, yang susah dan payah saya tak buat,” kata Kila.
Kila ditemui ketika majlis sambutan ulang tahun pertama RR Mono Scarves pada Sabtu yang lalu, selain wajahnya diantara tujuh selebriti yang dilantik Rizman Ruzaini menjadi ‘muse’ bagi koleksi tudung terbarunya.
Tambah anak kelahiran asal Kuala Lumpur itu, meskipun sedar banyak godaan dan cabaran bergelar anak seni, namun yang menjadikan dirinya terus kuat apabila memikirkan semula detik pertama ketika jalan terbuka buat penghijrahan dirinya.
“Betul dunia seni ini sangat mencabar, namun apa yang saya ingat dan pegang adalah ketika pertama kali saya dapat jalan dan petunjuk untuk berhijrah.
“Momen itu akan terus bermain di fikiran saya dan menjadi peringatan pada saya untuk terus kekal berimej sebegini, Insyallah.
“Waktu saya nak berhijrah tu, saya sama sekali tidak terfikir tentang tawaran kerja, kerana niat saya memang untuk berhijrah.
“Memang niat nak pakai tudung tu, kerana Allah S.W.T bukan kerana sebab-sebab lain.
“Dari segi tawaran kerja memang langsung tidak fikir sebab saya percaya kalau apa yang kita buat berada di jalan kebaikan, maka akan ada yang baik-baik juga menanti,” tambah anak kepada penyanyi veteran Rohana Jalil itu.
Ketika ditanyakan berkenaan hubungan bersama pasanganya untuk mendirikan rumah tangga, Kila enggan mengulas sebarang isu dan memilih untuk berdiam sahaja.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.