,
Laman Utama

“Ada Momen Menitiskan Airmata” - Farid Kamil Kongsi Pengalaman Berdoa Depan Kaabah

Shahrin Zulkifle
25/02/2023
09:00 MYT

Pelakon dan pengarah Farid Kamil meluahkan rasa syukur apabila dapat kembali ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah Umrah selepas kali terakhir menjejakkan kaki ke situ pada enam tahun lalu.

Bertambah manis lagi, Farid menjelaskan pengalaman Umrah kali ini sedikit berbeza kerana ditemani oleh isteri, Diana Danielle dan dua anaknya, Muhammad serta Nur Aurora.

Malah, katanya, untuk membawa keluarga ke Makkah merupakan impiannya sejak dulu lagi.

“Makkah dan Madinah adalah tempat terbaik di dunia, saya ingin kongsikan bersama anak dan isteri.

“Apabila Allah jemput saya ke sana sekali lagi selepas enam tahun lepas, rasa bersyukur sangat, Alhamdulillah. Itu merupakan satu nikmat untuk saya dan keluarga.

“Saya tengok Diana sangat seronok dapat lakukan Umrah. Begitu juga anak-anak saya. Bila saya dapat bawa mereka ke sana, saya harap ia menjadi inpirasi kepada orang lain untuk bawa keluarga mereka ke sana juga,” katanya kepada Gempak.

Farid berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem terbaharu lakonanya berjudul Sumpahan Syaitan yang berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam masa sama, Farid mendedahkan ada momen menitiskan airmata ketika dia berdoa di hadapan Kaabah.

“Ketika berada disana, terlalu banyak doa yang saya simpan dan terjemahkan di depan Kaabah.

“Sudah tentu ada momen yang menitiskan air mata apabila kita di sana. Itu adalah antara rahsia Allah dengan kita,” tambahnya.

Selain Farid, Sumpahan Syaitan turut dibintangi Nynaa Harizal, Datuk Ac Mizal, Datuk Jalaluddin Hassan, Azlee Senario, Yassin Senario, Saiful Apek dan ramai lagi.

Sinopsis:

Kisahnya tentang Sam diperdaya untuk membuat pelaburan MLM yang diketuai oleh Ray. Sam bertemu dengan rakan baiknya seorang broker hartanah iaitu Malik bagi meminjam wang untuk modal pelaburan, namun gagal.

Sam terpaksa meminjam wang dengan seorang peminjam wang yang ganas iaitu Branco. Selepas Sam menyedari beliau telah ditipu oleh Ray, Sam membawa keluarganya berjumpa Malik bagi melarikan diri daripada Branco.

Malik telah mengarahkan Sam dan keluarganya pergi ke sebuah hotel lama di daerah Segamat, yang baru dibelinya untuk menyembunyikan diri. Namun malangnya nasib Sam sejak hotel itu beroperasi, pelbagai kejadian aneh dan misteri berlaku di hotel tersebut. Apakah kejadian itu? Untuk mengetahui, saksikab Sumpahan Syaitan pada 2 Mac depan di pawagam seluruh Malaysia.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nora Danish ‘Back Up’ Diana Danielle, Anggap Sikap Masyarakat Suka Hakimi Insan Lain Tak Wajar - “Allah Lihat Kualiti Bukan Kuantiti”

gempak
23/11/2024
07:55 MYT
Pelakon Nora Danish bersetuju dengan kenyataan aktres Diana Danielle yang mengatakan tidak patut merendahkan usaha seseorang yang ingin berubah ke arah kebaikan.
Viral

Pempengaruh Lelaki Tiada Adab, Pakai Jubah Tunai Umrah

gempak
20/11/2024
08:00 MYT
Seorang pempengaruh Indonesia yang juga transgender menimbulkan kemarahan khalayak menerusi perlakuan biadabnya baru-baru ini.
Terkini

Diana Danielle Luah Rasa Syukur Urusan Mahkamah Berjalan Lancar -  “Selepas Ini, Proses Perceraian Pula…”

gempak
20/11/2024
05:36 MYT
Diana menerusi Instastory turut berharap proses perceraian yang dijangka akan diadakan pada 2 Disember di mahkamah yang sama dapat diselesaikan dengan segera.
Hiburan

Teruja Nak Sambut ‘Birthday’ Aurora, Farid Kamil Bawa Anak Ke Lokasi Romantik - “Dia Nak Hadiah Paling Mahal…”

gempak
20/11/2024
03:54 MYT
Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahari, bagaimanapun enggan berkongsi lokasi sambutan hari lahir anaknya.
Terkini

Status Masih Suami Isteri, Diana Danielle; “Ini Bukan Momen Gembira Untuk Sesiapa Pun…”

gempak
20/11/2024
03:15 MYT
Akberdin berkata perakuan rujuk perlu diambil di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan dokumen itu perlu dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan untuk permohonan perceraian yang ditetapkan pada 2 Disember ini.
Unitar