HIBURAN
AC Mizal Ucap Terima Kasih Pada Ajai, Mohon Netizen Jangan Salah Faham - “Tiada Sakit Hati, Kami Masih Baik”
Penyanyi, Datuk AC Mizal tampil menjelaskan isu yang tular melibatkan kumpulan 4U2C dan komposer Ajai baru-baru ini.
Elak salah faham
Menurut AC, kekeliruan timbul apabila kenyataan yang dikeluarkan berkaitan konsert 4U2C telah disalah tafsir, sekali gus mencetuskan salah faham dalam kalangan netizen.“Sebab ramai yang mendoakan benda-benda buruk untuk kami oleh kerana konten atau komen yang diberikan itu, menyebabkan timbulnya fitnah, salah sangka dan sebagainya,” jelasnya.“Hanya minta mohon minta maaf pada 4U2C, bukan kepada saya, sebab masalahnya adalah apa yang diperkatakan itu menjadikan orang tidak faham dengan situasi sebenarnya.“Apabila Ajai mohon maaf, kami ingin mengucapkan terima kasih. Kita pun tak pernah terasa apa-apa. Kami pun sibuk dengan aktiviti, hanya nak clearkan keadaan supaya orang di luar sana faham.
Terima kasih Ajai
Tambah AC lagi, dia Ajai tidak mempunyai sebarang masalah peribadi dan mereka masih berkawan baik.Malah, dia juga turut berterima kasih kepada Ajai kerana kenyataan permohonan maafnya terhadap 4U2C.
AC berkata demikian ketika ditemui pada majlis doa selamat kumpulan 4U2C sempena WE 4U2C Live In Concert yang bakal berlangsung 15 September depan.“Jadi bila Ajai mohon maaf, kami, 4U2C ingin mengucapkan terima kasih banyak banyak. Sebenarnya kami dahulu satu syarikat.“Saya baik dengan Ajai dan dua buah lagu daripada konsert ini adalah lagu dia iaitu Kembalilah Fiona dan Dusta,” ujarnya.
Dalam pada itu, AC juga turut menjelaskan permohonan maaf itu dituntut bagi pihak 4U2C kerana ingin memperbetulkan keadaan dan menjernihkan suasana.
Bagaimanapun tambah AC, dia masih belum berkesempatan bertemu dengan Ajai memandangkan masing-masing sibuk dengan komitmen seni termasuklah persiapan konsert.
“Saya juga belum berkesempatan untuk bertemu dengan Ajai kerana dia juga mungkin sibuk membuat persiapan untuk konsert Exists. Kami tidak ada masalah.
“Saya bercakap tentang perkara itu atas pihak 4U2C, nak membetulkan keadaan, kenyataan dan sebagainya.
“Bila kenyataan itu sudah diperbetulkan, syukur alhamdulillah, sebab kita tidak mahu lagi timbul fitnah fitnah yang tidak betul.
“Tapi terjadinya perkara itu pun bagus juga, sekurang-kurangnya satu Malaysia, satu industri tahu keadaan sebenarnya macam mana.
“Tapi kami sangat gembira dan terima kasih sekali lagi Ajai, no heart feeling, tiada sakit hati,” katanya.
Terdahulu, AC Mizal mendakwa kecewa dengan kenyataan sahabatnya, iaitu Ajai berhubung isu hak cipta dan pemilikan lagu yang bakal dipersembahkan pada WE 4U2C Live In Concert di Petaling Jaya, September depan.
AC berkata kenyataan Ajai pada sesi temuramah bersama media itu seolah-olah menunjukkan 4U2C tidak berhak mementaskan konsert, sekaligus dilihat seperti cuba menutup rezeki mereka.
Bagaimanapun kata AC, kenyataanya itu telah disalah ertikan oleh netizen.
Must-Watch Video