Berita
7 Beranak Ini Mengucap Kalimah Syahadah Depan Ebit Lew, - "Rupanya Setiap Hari Mak Dan Anak Ini Lihat Video Saya"
Sebuah keluarga berbangsa Cina di Ipoh, Perak selamat memeluk agama Islam selepas mengucapkan kalimah syahadah di hadapan penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew.
Perkara itu dikongsikan Ebit menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Dalam perkongsian entri tersebut, salah seorang ahli keluarga berkenaan melafazkan kalimah syahadah yang dibantu Ebit di premis perniagaannya.
"Sebak sayu ziarah sekeluarga Cina peniaga buah di Medan Gopeng memeluk Islam. Tujuh orang semuanya mengucap syahadah.
"Sampai jer semua anaknya rakam video saya sepanjang di situ. Rupanya setiap hari mak dan anak ini melihat video saya di Facebook.
"Selalu menangis tengok orang susah. Hati mereka teringin sangat nak masuk Islam. Anaknya semua ingin jadi jutawan boleh bantu ramai orang.
"Terima kasih ustaz Hafiz Ng daripada Jabatan Agama Perak dan Ahli Jawatankuasa Masjid Cina yang membantu keluarga ini. Terima kasih Adnan Azizi tauke kedai telur dan semua yang membantu," katanya.
Menurut Ebit, salah seorang ahli keluarga berkenaan juga menyatakan hasratnya mahu mengikut jejak langkahnya dalam melakukan kerja-kerja amal.
"Anak 11 tahun kata, ustaz beri saya nasihat saya nak jadi macam ustaz. Nak jadi hero. Doakan saya yer. Nak ambil gambar dengan ustaz. Ulang kali dia mintak nak bergambar.
"Saya kagum lihat kerajinan mak ayah. Anaknya semua rajin. Anak yang umur 11 tahun, 7 tahun semua pandai kira. Saya beli buah. Semua ambil dan boleh kira congak je. Kakak bantu jaga adik-adik. Hebat mak ayah ini," katanya.
Pada pertemuan tersebut, Ebit turut menghadiahkan kesemua anak peniaga buah tersebut basikal.
"Anak ini rajin tengah kumpul duit beli basikal. Saya hadiahkan semuanya basikal. Gembira jumpa keluarga yang sangat baik ini.
"Doakan perniagaan buah abang dengan kakak ini maju dan berkat. Jemput siapa nak beli buah. Borong dekat abang dan kakak ini. Semoga kaya raya dunia akhirat," katanya.
Must-Watch Video