,
Gaya Hidup

"5 Sebab Duit KWSP Cepat Habis" - Pakar

Awani
05/06/2024
07:53 MYT
Menyelesaikan hutang pinjaman dan membiayai kos perubatan merupakan antara faktor duit simpanan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang sepatutnya digunakan untuk membiayai kehidupan selepas bersara habis dalam tempoh singkat.

Faktor duit KWSP dihabiskan

Pakar Kewangan Pengguna, Profesor Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, faktor lain ialah ubah suai rumah, menjadi ‘bank tanpa faedah’ untuk anak-anak dan membuat pelaburan yang tidak sah atau tidak bermanfaat.
“Kebanyakan masyarakat kita tidak mempunyai perlindungan takaful. Jadi apabila sudah mencapai usia persaraan, banyak wang digunakan untuk tujuan perubatan dan ini tidak boleh elak.
“Selain itu, kebanyakan mereka menggunakan wang KWSP untuk menyelesaikan pelbagai hutang seperti rumah, kenderaan dan pinjaman peribadi.
“Namun, ada juga membelanjakan kepada perkara tidak penting seperti buat ubah suai rumah dan menjadi bank kepada anak-anak hingga sanggup menanggung sepenuhnya kenduri kahwin mereka.
“Akhirnya, duit yang sepatutnya digunakan untuk menjalani kehidupan lebih baik dan selesa dalam tempoh persaraan menjadi sebaliknya,” katanya.
Mohamad Fazli berkata, risiko pekerja jatuh miskin pada usia tua akibat ketiadaan tabungan kewangan mencukupi telah lama diperkatakan.
Ujarnya, keadaan ini berlaku disebabkan kebanyakan rakyat masih kurang memahami keperluan menabung untuk masa depan, selain lemah dalam pengurusan kewangan mereka.
“Keadaan ini turut mendorong sesetengah mereka terlibat dengan skim pelaburan tidak sah. Bukan sahaja tidak dapat untung, malah ada yang rugi,” katanya.

KE MANA DUIT PERSARAAN DIHABISKAN:

1. Ubah suai rumah
2. Belanja kenduri kahwin anak
3. Bayar hutang
4. Biayai kos perubatan
5. Terlibat pelaburan tidak sah
Sumber: AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Pakar Geologi Ini Kongsi Faktor Berlakunya Sinkhole & Dedah Tanda-Tanda Tanah Runtuh - “Permukaan Tunggu Masa Apabila..”

gempak
24/08/2024
18:55 MYT
Pakar Geologi Kejuruteraan dan Mekanik Tanah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Nor Shahidah Mohd Nazer berpendapat keadaan akibat hujan berterusan sejak beberapa hari lepas dipercayai antara faktor utama berlakunya insiden tanah jerlus yang berlaku di Jalan Masjid India baru-baru ini.
Viral

"Hamba Allah Yang Lemah Ini Layak Dihina & Dikutuk Tapi Saya Takkan Lari" - Hafiz Mahamad Perlukan Masa, Minta Nasihat Pakar

gempak
30/07/2024
03:30 MYT
Usahawan dan pempengaruh Hafiz Mahamad mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan tanggapan orang ramai terhadap kandungan media sosial yang kembali tular ketika di Tanah Suci Makkah baru-baru ini.
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: Makanan Yang ‘Dicemari Rambut’ Manusia Boleh Dimakan Atau Tidak? Ini Penjelasan Pakar

gempak
23/07/2024
14:55 MYT
Kita kerap mendengar tentang kes pengguna terjumpa helaian atau gumpalan rambut dalam makanan.
Hiburan

Bersara Dengan Tenang, Pakar Kongsi Cara Untuk Ada Simpanan Lebih RM1 Juta Pada Waktu Tua!

gempak
10/07/2024
22:00 MYT
Pempengaruh yang juga seorang pakar kewangan terkenal, @financialfaiz berkongsi mengenai cara mudah untuk mengira anggaran simpanan sewaktu bersara kelak.
Hiburan

Ini Penjelasan Pakar Mengenai Masalah Buah Pinggang Kering Yang Dihidapi Oleh Anak Kedua Eyra Hazali

gempak
08/07/2024
23:55 MYT
Pelakon, Eyra Hazali mengejutkan ramai pihak setelah memaklumkan anak keduanya, Endra Haqimie disahkan mempunyai masalah buah pinggang kering.