,
Laman Utama

4 Minuman Ini Boleh Hilangkan Jerawat Dalam Masa Sehari!

Izwan Isa
18/10/2023
02:20 MYT

Baik wanita mahupun lelaki, sudah pasti anda inginkan kulit muka yang bersih tanpa sebarang masalah seperti jerawat.

Pasti ramai di antara kita yang sering buntu bagi menangani masalah jerawat yang tumbuh dan ada juga yang tumbuh dengan begitu kerap.

Tahukah anda, terdapat langkah semula jadi yang boleh dicuba untuk menghilangkan jerawat dalam tempoh sehari iaitu dengan meminum minuman beberapa jenis minuman.

Berikut kami senaraikan empat minuman yang mujarab untuk menghilangkan jerawat dalam tempoh yang sigkat:

1. Cuka Epal

Cuka epal sememangnya terkenal dengan pelbagai khasiat. Kebiasaannya cuka epal akan digunakan sebagai toner wajah, tetapi tahukah anda bahawa cuka ini amat berkesan bagi mengeringkan jerawat. Lebih mengejutkan, tempoh yang diambil untuk mengecutkan jerawat tersebut hanyalah dalam masa satu hari, dan bergantung kepada jenis kulit.

2. Jus Timun

Kebiasaannya kita sering menggunakan timun untuk diletakkan pada bahagian mata bagi menghilangkan lingkaran gelap. Selain itu, timun juga mengandungi vitamin C yang dipercayai berkesan untuk menghilangkan jerawat. Selain membantu menghilangkan jerawat, jus timun juga boleh membantu menyegarkan badan.

3. Teh Hijau

Tahukah anda, selain membantu dalam mengurangkan berat badan dan membuang toksin, teh hijau juga mengandungi antioksidan yang tinggi dan baik untuk kulit. Antara kebaikan teh hijau ini juga adalah untuk menghilangkan jerawat di wajah.

4. Air Lemon

Selain bertindak untuk mengurangkan masalah perut buncit, air lemon juga amat berkesan untuk menghilangkan jerawat pada muka. Dengan mengamalkan air ini setiap hari, kulit anda pasti akan menjadi lebih bersih tanpa sebarang masalah.

Sumber : Hanasuva Olahan : Izzat Ridzwan

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sandra Lim Mahu Harumkan Malaysia Di Pentas Miss Universe - "Perjalanan Ini Bukan Mudah"

gempak
12/09/2024
12:55 MYT
Selepas kemenangan yang diraih menerusi acara Miss Universe Malaysia baru-baru ini, pelakon dan model, Sandra Lim berhasrat mahu berusaha keras bagi mengharumkan nama negara ke persada dunia.
Viral

"Saya Minta Suami Kahwin Lain Sebab Muka Saya Tak Sempurna" - Mangsa Produk Merkuri Kongsi Derita Kulit Breakout

gempak
20/08/2024
20:25 MYT
Seorang wanita yang menjadi mangsa produk merkuri berkongsi 'penderitaannya’ melalui di platform media sosial TikToknya baru-baru ini.
Berita

Cara Semakan Keputusan SPM 2023 Yang Akan Diumumkan Esok!

gempak
26/05/2024
06:55 MYT
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bakal diumumkan pada Isnin, 27 Mei 2024.
Viral

Recruiter Tegur Cara Perkenal Diri, Pemohon Kerja Melenting - “Encik Tahu Ke Perangai Saya Macam Mana?”

gempak
08/02/2024
02:00 MYT
Beberapa tangkap layar yang dimuatnaik oleh seorang pengguna X memaparkan perbualan antara perekrut dan seorang pemohon kerja tular baru-baru ini.
Hiburan

Syurga Itu Bukan Mudah Tamat Semalam… Bakal Ada Season 2?

gempak
05/01/2024
07:57 MYT
Ada ke Season 2?