,
Laman Utama

4 Hari Di Hospital, Bella Astillah Dirawat Oleh Pakar Bedah Saraf? Ini Jawapan Empunya Badan…

Asyikin Mayudin
13/11/2022
08:25 MYT
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah bersyukur keadaan kesihatannya semakin baik selepas menerima rawatan di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur selama empat hari pada minggu lalu.
Enggan berkongsi lebih lanjut mengenai rawatan atau sakit yang dialami, Bella bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang mendoakannya.
“Sebenarnya saya dirawat di hospital pada minggu lalu. Tapi baru ada masa nak post di Instagram. Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya dah baik.
“Sekarang ini saya dah sihat. Berkenaan dengan sakit itu, saya tak nak la kecoh-kecoh. Apa-apa pun, terima kasih kepada semua yang mendoakan saya,” katanya kepada Gempak.
Terdahulu, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz itu berkongsi foto memperlihatkan dirinya berada di hospital di laman Instagram miliknya pada Ahad.
Menerusi perkongsian tersebut, Bella menghargai setiap doa sepanjang empat hari di hospital selain berterima kasih kepada pakar perubatan saraf di pusat perubatan itu.
“Baru berkesempatan nak post, selepas empat hari di hospital. Thank you for all the warm wishes and doa, Bella hargai sangat-sangat.
“Terima kasih yang tak terhingga buat Dr. Ibrahim (Poliklinik Cahaya Desa Pandan) yang selalu tolong rawat, ambil berat Bella dan keluarga.
“Selalu jumpa sebab tu tak pernah ambil gambar kan. Terima kasih banyak-banyak Dr. Saiful Razman Mohd Noor, neurosurgery (Gleneagles,KL). MashaAllah baik sangat banyak bantu kami.
“Terima kasih semua staff/nurses juga. Last but not least, kepada En.Hafiz (Prudential) yang datang uruskan semuanya. Thank you so much. Semoga Allah S.W.T membalas segala kebaikan kalian semua inshaAllah,” ujarnya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

Mahu Dapat Keberkatan, Ezaidi Aziz Elak Babak Bersentuhan Yang Melampau - “Kalau Kita Buat Benda Tak Berkat, Saya Takut…”

gempak
12/09/2024
10:25 MYT
Pelakon baharu, Ezaidi Aziz memberitahu dia sememangnya meletakkan batasan dengan pelakon wanita gandingan dalam mana-mana drama.
Hiburan

“Semua Selebriti Pakai Baju Kami, Termasuklah Bella Astillah" - FiziWoo

gempak
11/09/2024
21:55 MYT
Jenama rumah fesyen terkenal, FiziWoo memaklumkan aktor kontroversi, Aliff Aziz merupakan pelanggannya sejak beberapa tahun lepas.
Hiburan

Netizen Bengang Jenama Fesyen Terkenal Bekerjasama Dengan Aliff Aziz? – “Done Unfollow! Tak Ada Manusia Lain Lagi Ke?"

gempak
11/09/2024
06:55 MYT
Aktor sensasi Aliff Aziz mencuri tumpuan warganet apabila tampil dalam perkongsian sebuah jenama rumah fesyen terkenal tanah air, FiziWoo, baru-baru ini.
Hiburan

Enggan Terlibat ‘Cinta Lokasi’, Bella Astillah Letak Batasan Setiap Kali Berlakon Dengan Pelakon Lelaki - “Kita Mula Dengan…”

gempak
10/09/2024
23:55 MYT
Syukur tidak timbul sebarang masalah ketika bergandingan dengan pelakon Ezaidi Aziz dan Eyka Farhana dalam sebuah drama siri, pelakon Bella Astillah berkata dia sentiasa meletakkan batasan ketika menjalani penggambaran.