gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ade Govinda Puji Siti Nurhaliza, Senang & Cepat Kerja - "Beliau Pasti Bawa Banyak Makanan..."
DRAMA
Mandul Bukan Pilihan Curi Tumpuan, Penonton Approved Jalan Cerita Pantas & Sarat Emosi - “Mesti Nak Seksa Hati Viewers Lah Ni”
HIBURAN
Jennifer Coppen Dikecam Kongsi Gambar Mesra Dalam Hotel , Netizen Anggap Tak Sensitif - “Kenapa Perlu Post Begitu?”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

20 Tahun Berahsia, Salamiah Hassan Akhirnya Bersuara! - "Anak-Anak Pun Tak Tahu, Semua Terkejut"

Amri Hassan
Amri Hassan
22/07/2025
11:55 MYT
Sponsor Banner
20 Tahun Berahsia, Salamiah Hassan Akhirnya Bersuara! - "Anak-Anak Pun Tak Tahu, Semua Terkejut"
Setiap insan melalui fasa jatuh dan bangkit dalam hidup. Bagi penyanyi bersuara emas Salamiah Hassan, 74 tahun yang dilalui bukan sekadar dipenuhi kenangan seni dan kejayaan tetapi juga sarat dengan pengorbanan kehilangan serta pencarian makna sebenar kebahagiaan.
Dalam satu sesi healing bersama pakar pembangunan diri Dr Hisham Dzakiria yang berlangsung di Ascott Kuala Lumpur minggu lalu, Salamiah tampil tenang dan ceria memperlihatkan sisi diri yang jarang disaksikan umum.
Sesi tersebut menjadi ruang terbuka untuk meluahkan isi hati berkongsi detik paling peribadi serta perjalanan membina semula kekuatan selepas pelbagai cabaran hidup.
“Saya dah lalui semua. Sekarang ni saya cuma nak buat yang terbaik. Bukan untuk siapa-siapa, tapi untuk diri sendiri, keluarga dan untuk jumpa suami di jannah," katanya.
Lebih menyentuh perasaan apabila buat pertama kali Salamiah mendedahkan kisah hubungan selama 20 tahun bersama seorang lelaki yang meninggal dunia akibat kanser tahap empat sewaktu pandemik.
Hubungan itu dirahsiakan daripada anak-anak dan keluarga sehinggalah Salamiah benar-benar pasti dengan perasaan sendiri.
“Saya sendiri simpan rahsia itu lama. Sampai anak-anak pun tak tahu. Bila saya pasti dengan apa yang saya rasa, barulah saya beritahu mereka. Mereka semua terkejut.
“Apa bukti mama kenal dia," itu antara soalan pertama anak lelaki kepada Salamiah.
Bagi Salamiah bukti cinta bukan sekadar yang nampak oleh mata tetapi terletak pada pesan-pesan yang ditinggalkan yang kini menjadi kekuatan utama dalam hidup.
“Dia selalu pesan ‘Jadi apa yang you nak jadi dalam hidup’. Sampai sekarang saya ingat. Itu yang buat saya terus nak jadi lebih baik," ujarnya lagi.
Sepanjang sesi bersama Dr Hisham Salamiah melalui proses visualisasi dan latihan pernafasan mendalam untuk memahami perubahan diri dari masa lalu masa kini dan gambaran masa depan.
Proses ini bukan hipnosis sebaliknya pendekatan psikologi lembut berasaskan NLP atau Neuro-Linguistic Programming.
“Manusia ni penuh dengan corak (pattern). Kalau nak berubah kita kena tahu pattern mana yang rosakkan kita. Dan kena tukar dengan pattern yang bantu kita jadi lebih baik,” kata Dr Hisham.
Dr Hisham turut memperkenalkan teknik hologram diri yang membantu Salamiah melihat potensi dalam bentuk fizikal dan emosi.
Salamiah turut berkongsi perubahan cara pandang terhadap dunia luar. Kini lebih memilih ketenangan dalaman berbanding perhatian luaran.
Koleksi pakaian mewah yang pernah dimiliki sudah banyak disedekahkan kepada saudara-mara dan juga individu bukan beragama Islam.
“Dulu saya suka beli baju. Sekarang saya bagi pada orang. Yang tak ada lengan saya bagi pada mereka yang bukan Islam, yang berlengan saya beri pada anak-anak saudara. Saya rasa ringan bila saya lepaskan," ceritanya.
Di sebalik kekuatan yang terserlah Salamiah tidak menafikan pernah melalui fasa keletihan emosi menangis dan hilang kepercayaan terhadap orang sekeliling.
“Saya susah nak percaya orang. Bila kawan kongsi masalah saya simpan. Tapi bila tiba giliran saya saya tak tahu nak cerita pada siapa. Tapi saya belajar satu perkara. Menangis itu bukan lemah. Menangis tu sebenarnya tanda kita dah mula healing," kata Salamiah.
Setiap kali solat air mata pasti menitis mengenangkan arwah yang pergi pada hari Jumaat yang dianggap sebagai pemergian penuh keberkatan.
“Saya bersyukur dia pergi pada hari yang baik. Itu orang baik," getusnya.
Sesi hampir sejam itu ditutup dengan kesimpulan bermakna bahawa untuk menjadi insan lebih baik perlu bermula dengan mengenal diri sendiri terlebih dahulu.
Ketenangan hadir dari dalam bukan dari luar. Untuk memberi pada orang lain perlu terlebih dahulu cukup dari dalam hati.
“Saya nak sihat saya nak tenang saya nak gembira. Kalau orang cakap pasal saya pun saya tetap senyum. Sebab itu pahala saya," simpul Salamiah.
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Salamiah Hassan
#Meninggal Dunia
#Suami
#Rahsia
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement