,
Laman Utama

19 Tahun Usia Kuch Kuch Hota Hai, Ini Rahsia Yang Anda Tidak Tahu

Amri Hassan
17/10/2017
09:00 MYT
16 Oktober 2017 genap usia 19 tahun filem Kuch Kuch Hota Hai arahan sulung Karan Johar ditayangkan. Masih berbisa dan malar segar hingga kini!
Siapa yang boleh lupa kisah cinta tiga segi antara Rahul (Shah Rukh Khan), Tina (Rani Mukherjee) dan Anjali (Kajol) yang diadun dengan pelbagai sinematografi indah, babak-babak ikonik dan lagu-lagu merdu?
Sempena sambutan ke-19 tahun Kuch Kuch Hota Hai, kami senaraikan 9 rahsia yang sudah dipendam selama 19 tahun sejak pembikinan filem itu.
1) Watak Tina (Rani Mukherjee) asalnya diwujudkan untuk Twinkle Khanna. Nama Tina itu sendiri merupakan panggilan manja Twinkle.
2) Watak Aman (Salman Khan) pula sebenarnya ditawarkan kepada Saif Ali Khan namun pelakon itu menolak. Salman menawarkan diri kepada Karan Johar dan berjaya mendapatkan peranan itu.
3) Idea asal filem itu adalah cinta antara gadis cantik, tomboy dan jejaka poyo namun ditolak. Muncul pula idea kedua tentang kehidupan seorang balu membesarkan anak, juga telah ditolak. Akhirnya, kedua-dua idea itu digabungkan menjadi Kuch Kuch Hota Hai yang kita tonton sekarang.
4) Seluruh kru produksi menangis ketika penggambaran babak pertemuan semula Rahul dan Anjali.
5) Rani Mukherjee baru berusia 19 tahun ketika membintangi Kuch Kuch Hota Hai.
6) Shah Rukh Khan dan Kajol sudah berjanji dengan Karan Johar (pengarah) untuk membintangi filem itu ketika penggambaran Dilwale Dulhaniya Le Jayenge. Karan hanya menjadi penolong pengarah ketika itu.
7) Kajol pernah tersembam ketika menaiki basikal untuk penggambaran lagu Yeh Ladka Hai Deewana.
8) Watak kanak-kanak lelaki Sikh sangat rapat dengan Shah Rukh Khan kerana imejnya direka sendiri oleh anak kandung SRK, Aryan yang datang ke set penggambaran.
9) Shah Rukh Khan memberitahu, babak dia membaling bola keranjang secara membelakangi dan memasuki jaring satu insiden tidak disengajakan.
"Saya sendiri pun terkejut," katanya.
Olahan oleh: Amri Hassan Sumber: Indian Express, News18
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Bintang Terkenal Bollywood, Deepika Padukone & Ranveer Singh Selamat Sambut Cahaya Mata Pertama

gempak
08/09/2024
13:03 MYT
Pelakon terkenal Bollywood, Deepika Padukone selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada Ahad.
Bollywood

Salman Khan Cedera, Sahkan Patah Dua Tulang Rusuk

gempak
06/09/2024
11:25 MYT
Aktor Salman Khan mendedahkan dirinya mengalami kecederaan sewaktu menjalani penggambaran filem terkini, Sikandar.
Bollywood

Preity Zinta Dedah Gagal Rawatan IVF Punca Guna Kaedah Ibu Tumpang

gempak
04/09/2024
14:50 MYT
Aktres Preity Zinta dan, Gene Goodenough, diketahui memiliki anak kembar Jai dan Gia yang lahir pada November 2021.
Bollywood

Didakwa Palsukan Kehamilan, Deepika Padukone Tayang Perut Memboyot

gempak
03/09/2024
02:55 MYT
Aktres Deepika Padukone sempat menerima kritikan dan didakwa palsukan berita kehamilan dan perut ‘buncit’nya selepas mendedahkan sedang hamil anak pertama bersama Ranveer.
Bollywood

Selain KL, Udit Narayan Akan Turun Pulau Pinang 28 November Ini

gempak
02/09/2024
15:51 MYT
Udit Narayan merupakan penyanyi Bollywood yang terkenal dengan suara latarnya kepada industri muzik Bollywood dan termasuk juga beberapa bahasa lain seperti Tamil, Bengali, Telugu, dan Kannada, bakal membuat kemunculannya di Setia Spice Arena, Pulau Pinang pada 28hb November 2024.