,
Gaya Hidup

10 Hingga 13 Peratus Penjawat Awam Bankrap Sejak 2021 Hingga Tahun Ini

Gempak
09/09/2024
08:46 MYT
Jabatan Insolvensi mendedahkan kira-kira 10 hingga 13 peratus daripada kes kebankrapan baharu yang didaftarkan di seluruh negara dalam tempoh hampir empat tahun ini membabitkan penjawat awam.
Jumlah kakitangan awam yang muflis itu amat membimbangkan kerana ia semakin meningkat dari tahun ke tahun walaupun data kebankrapan nasional menunjukkan penurunan.

BERITA TRENDING: "Bankrap Celah Mana Ya?" - Safiey Illias Tunjuk Bukti Tak Muflis, Berehat Kejap Sebab Bipolar

Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, Datuk M Bakri Abd Majid, berkata perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana dalam perkhidmatan awam, kakitangan yang mempunyai hutang yang serius (keterhutangan) adalah satu kesalahan dan ia dinyatakan secara jelas di bawah Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Beliau berkata, antara faktor menyebabkan muflis dalam kalangan kakitangan awam adalah kerana tata pemikiran dan gaya hidup berisiko hingga menyebabkan mereka terperangkap dalam kitaran hutang berterusan.
"Keterhutangan serius bagi kakitangan sektor awam bermaksud jumlah pendapatan dibawa pulang kurang daripada 40 peratus.
"Di bawah Akta Insolvensi 1967 (Pindaan 2023), mana-mana orang yang mempunyai hutang tertunggak melebihi RM100,000 boleh dibankrapkan melalui tindakan mahkamah.
"Selepas seseorang individu diisytiharkan muflis, pelbagai perkara berkaitan kewangan individu berkenaan akan disekat dan aset dirampas oleh kreditor atau ditadbir oleh Jabatan Insolvensi," katanya.
Mengulas lanjut, M Bakri berkata, sehingga Julai lalu, Jabatan Insolvensi merekodkan 159,781 kes kebankrapan di seluruh negara.
Beliau berkata, dalam sesetengah kes terdapat penjawat awam yang memohon untuk membankrapkan diri sendiri bagi mengurangkan tekanan hutang yang berpanjangan.
Katanya, kegagalan kakitangan awam menguruskan kewangan dengan baik bukan saja boleh memberi kesan kepada individu dan keluarga, tetapi juga kepada ekosistem perkhidmatan awam negara.
"Bagi penjawat awam yang diisytiharkan bankrap, tindakan tatatertib boleh diambil akibat keterhutangan yang serius, selain mencemarkan imej perkhidmatan awam.
"Hukuman tatatertib yang diterima boleh menjejaskan peluang kenaikan gaji dan pangkat, selain menjejaskan kelayakan pembayaran bonus, bantuan kewangan dan sebagainya," katanya.
Justeru, M Bakri berkata, ketua jabatan perlu memantau tahap keterhutangan kakitangan seliaan masing-masing dan tidak boleh hanya beranggapan semuanya berada dalam keadaan baik, selain perlu peka dengan perubahan kelakuan kakitangan.
Katanya, tindakan pencegahan awal harus dijalankan dengan memperbanyakkan aktiviti pendidikan berkaitan pengurusan kewangan peribadi.
"Selain itu, surat tunjuk sebab juga perlu dikeluarkan kepada kakitangan yang mempunyai keterhutangan serius supaya menjadi peringatan kepada mereka yang lain.
"Pada masa sama, jabatan boleh bekerjasama dengan pakar atau penasihat kewangan bertauliah untuk membincangkan hal berkaitan keterhutangan dan pengurusan kewangan peribadi.
"Tindakan ini penting kerana kegagalan ketua jabatan mengambil tindakan sewajarnya boleh mengundang kepada amalan rasuah dan salah guna kuasa di jabatan," katanya.

BERITA TRENDING: Melayu Paling Ramai Bankrap Dalam Tempoh 2 Tahun Lepas, Ini 3 Negeri Paling Tinggi!

BERITA TRENDING: “Nak Bagi Saya Malu 1 Malaysia”- Isu Bankrap, Mawar Karim Dedah Individu Digelar ‘S’ Sengaja Reka Cerita?

BERITA TRENDING: Fizo Omar Buktikan Individu Bankrap Boleh Bangkit Untuk Berjaya

Sementara itu, M Bakri berkata, pengumuman kenaikan gaji penjawat awam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, memberi kelegaan dan mengurangkan keresahan penjawat awam.
Bagaimanapun, katanya, ada pihak yang cuba 'menangguk di air keruh' dengan menawarkan pinjaman baharu yang tidak sihat kepada penjawat awam yang lalai.
"Perkara ini perlu dihentikan kerana ia merencatkan aliran tunai penjawat awam dan peranan semua pihak khususnya ketua jabatan perlu untuk mengekang masalah ini daripada berterusan," katanya.
Beliau berkata, selaras pengumuman gaji baharu, pekerja sektor awam bukan saja perlu melakukan perubahan cara kerja atau tahap produktiviti yang lebih baik, malah tata pemikiran juga perlu diubah.
"Ketika ini, sumber pengetahuan boleh didapati di hujung jari, tetapi malang sekali jika kita terus menyalahkan pihak lain atas kesilapan sendiri yang gopoh dan tidak realistik dalam membuat pilihan," katanya.
Pada 16 Ogos lalu, selepas 12 tahun terikat tanpa semakan, pelaksanaan Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) menggantikan Skim Saraan Malaysia (SSM) mulai 1 Disember ini menyaksikan kira-kira 1.6 juta penjawat awam mendapat pelarasan gaji baharu selepas kali terakhir disemak pada 2013.
Perdana Menteri mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus kepada kumpulan pelaksana, manakala tujuh peratus bagi pengurusan tertinggi, berdasarkan pelaksanaan SSPA.
Sumber: Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
Viral

Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin Kembali Tular, Ada Netizen Beri Nasihat - “Jangan Galak Mengata Orang, Masing-Masing Ada Ujian”

gempak
17/09/2024
06:55 MYT
Susulan isu rumah tangga yang menimpa pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura, kini media sosial ‘riuh’ pula dengan buku berjudul ‘99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin’ yang kembali tular.
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.