HIBURAN
"Pil Perancang Bukan Punca Berat Badan Naik" - Dr. Imelda
Pakar sakit puan, Dr. Imelda Balchin menjelaskan bahawa pil perancang bukan punca naik berat badan wanita.
Menerusi program kesihatan wanita, Tanya Doktor Imelda, episod kelapan malam tadi, Dr. Imelda mahu masyarakat menghentikan stigma tersebut dan mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.
"Pil perancang bukan penyebab naik berat badan seseorang wanita, cara pemakanan dan gaya hidup yang harus dititikberatkan.
"Stigma ini harus dihentikan, itu adalah mitos semata-mata, sebenarnya, kadar metabolisme wanita yang berumur 30 tahun keatas akan menurun dan jika mereka tidak menjaga pemakanan dan tidak bersenam, berat badan boleh meningkat," ujarnya dalam program tersebut.
Sementara itu, Dr. Imelda turut memberitahu beberapa faedah pil perancang terhadap wanita.
"Pil perancang juga mampu mengurangkan sengugut dan mengawal masalah haid berlebihan," tambahnya.
Tanya Doktor Imelda dihoskan oleh Lisa Surihani dan menampilkan seorang pakar sakit puan, Dr. Imelda Balchin serta beberapa tetamu undangan setiap minggu.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan info mengenai kesihatan wanita dalam Tanya Doktor Imelda yang ditayangkan pada setiap Khamis, jam 9 malam di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD(121).
Anda juga boleh menonton program ini dimana-mana sahaja pada waktu yang sama menerusi tiga platform Gempak iaitu Facebook, YouTube dan portal rasmi www.gempak.com.
Must-Watch Video