gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Sign Kontrak Tapi 'Ghosting'? Artis 'Berpengalaman' Buat Hal, Produksi Terkedu!
HIBURAN
Ramai Yang Restu, Luqman Faiz Jawab Dakwaan Ada Hubungan Istimewa dengan Fieya Julia - “Dia Adalah Partner…”
HIBURAN
Kamal Adli Syukur Drama Dia Imamku Beri Impak Besar - “Pergi Kemana Saja Sekarang Ini Semua Orang Panggil Saya Budin”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

"Pernah Basuh Tangan 50 Kali Sehari Tapi..." - Masalah Kebersihan Tak Jadi Penghalang Kerjaya Amir Nafis

gempak
Asraf Aided
09/01/2020
08:53 MYT
Sponsor Banner
"Pernah Basuh Tangan 50 Kali Sehari Tapi..." - Masalah Kebersihan Tak Jadi Penghalang Kerjaya Amir Nafis
Pelakon yang sedang membina nama, Amir Nafis akui mempunyai tabiat terlalu menjaga kebersihan tanpa sedar dalam kehidupan sehariannya.
Namun begitu, Amir mengatakan perkara itu tidak serius dan hanya dialami pada waktu tertentu.
"Saya mempunyai tabiat terlalu menjaga kebersihan tanpa disedari, tetapi ia selalunya datang pada waktu-waktu tertentu sahaja, bukanlah setiap masa.
"Perkara yang berlaku itu tidak sama, kadang-kadang saya kerap mencuci tangan, mengemas meja berulang kali dan macam-macam lagi.
"Pernah juga saya membasuh tangan sehingga 50 kali sehari namun ia tidaklah berlarutan dan dilakukan setiap hari," jelas Amir.
Amir berkata demikian ketika ditemui di lokasi penggambaran filem terbaru lakonannya, Talbis Iblis di Hatter's Castle, Pulau Carey, Klang pada Selasa.
Tambah Amir, perkara itu tidak menjejaskan komitmennya dalam kerjaya lakonan.
"Walaubagaimanapun, tabiat tersebut tidaklah menganggu komitmen saya ketika bekerja, saya boleh juga berlakon baring atas lantai dan sebagainya," tambah Amir.
Selain Amir, Talbis Iblis turut dibintangi oleh Nasha Aziz, Zul Ariffin dan ramai lagi.
Filem yang diarahkan oleh Kabir Bhatia dan diterbitkan oleh Infinitus Productions itu dijangka menjengah pawagam penghujung tahun ini.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Pelakon
#Amir Nafis
Must-Watch Video