HIBURAN
“Mana Ada Sakit, Cuma Tak Cukup Tidur Dan Rehat”- Song Mino Turun 10 Kg
Anggota kumpulan WINNER, Song Mino menafikan dakwaan mengatakan dirinya sakit kerana perubahan bentuk badannya yang kurus secara drastik.
Menurut Mino, perubahan fizikal itu berlaku akibat tidak cukup rehat kerana sibuk dengan persiapan album terbaru WINNER.
“Berat badan saya turun sebanyak 10 Kilogram baru-baru ini. Tetapi itu bukanlah bermaksud saya sakit.
“Tahun ini adalah tahun kemunculan semula WINNer jadi saya ingin membuat tranformasi imej.
“Secara jujurnya saya tidak sakit cuma saya berat badan senang turun apabila saya terlalu sibuk dengan kerja .
“Dalam tempoh berkerja, saya tidak kerap makan dan dalam masa yang sama tidak cukup tidur. Hasilnya, berat badan saya berada pada tahap paling rendah yang pernah saya capai.
“Perubahan bentuk badan ini secara fizikalnya mungkin nampak tidak sihat bagi orang lain tetapi jangan risau, saya sangat sihat dan bertenaga,” jelasnya.
Mino menjelaskan perkara tersebut dalam satu sidang media yang diadakan khas buat album baru WINNER baru-baru ini.
WINNER dianggotai oleh Jinwoo, Seunghoon, Mino and Seungyoon.
Must-Watch Video