HIBURAN
Kasihannya! Anak Sazzy Falak Terkena Jangkitan Kuman
Pelakon dan pengacara Sazzy Falak berkongsi kisah getir yang terpaksa dilaluinya beberapa hari lalu apabila anak perempuannya dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman yang serius.
Menerusi entri di Instagramnya, Sazzy menyatakan yang insiden itu berlaku apabila anak perempuannya Tiara Rose mengalami demam pada Jumaat lalu.
Walaubagaimanapun dia bersama suaminya membuat keputusan untuk menghantar Tiara ke hospital pada Ahad berikutnya apabila keadaan semakin serius.
"Selepas jalani ujian darah, rupanya baru lah tahu ada kuman jenis pneumoniae dan mycoplasma tumbuh di dalam tubuh Tiara," katanya.
Jelas Sazzy lagi, jadual padat pada hari yang sama menjadikan situasi ketika itu lebih mencabar.
"Jadual padat 'back to back' kena mengacara dan sesi penggambaran. Selepas semalam baru lah tenang, dan akhirnya saya dah boleh duduk di rumah dan bersama Tiara hingga dia sembuh.
"Terima kasih juga kepada Doktor Iqbal kerana membuat keputusan dan tindakan pantas," katanya.
Must-Watch Video