HIBURAN
“Alhamdulillah Anak Saya Bijak, Dia Tahu Mana Satu Mak Dia” - Intan Najuwa
Perkongsian video yang dimuat naik oleh pelakon Datin Intan Najuwa yang memaparkan momen anaknya, Imane Lunara bersama tiga pembantu dan jururawatnya mendapat perhatian ramai.
Difahamkan, kehadiran pembantu dan jururawat tersebut adalah untuk memudahkan urusan untuk menjaga anaknya.
@intannajuwaaa Recharging for the week ahead ❤️♬ champagne - G Sounds
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen ada pula yang meluahkan rasa kerisauan mereka dimana kehadiran pembantu akan menjejaskan hubungan antara ibu dan anak.
“Mesti baby tu keliru mana satu mak dia,” komen seorang warganet.
Tidak berdiam diri, aktres berusia 27 tahun itu tampil memberi respon terhadap komen berkenaan.
Katanya, dia percaya dan yakin dengan kebijaksanaan Imane Lunara yang pasti akan mengenali siapakah ibunya.
“Alhamdulillah anak saya bijak, dia tahu mana satu mak dia.
“Saya dengan anak hampir 24 jam bersama,sebab saya korbankan karier dan tak kerja saya duduk rumah bagi kasih sayang sepenuhnya untuk dia. Itu kalau tak rapat juga saya masukkan dia dalam perut balik.
Sekadar info, Intan selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Imane Lunara pada 15 Disember lalu.
Untuk rekod, Intan bergelar isteri kepada Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos 2023.
Must-Watch Video