gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Malaysia Tersenarai Top 5 Miliki Populasi ‘Transgender’ Tertinggi
BERITA
Merisaukan! 76 Peratus Rakyat Terengganu Obesiti
HIBURAN
Marc Syahmie Syukur Sudah Bebas Kanser, Kini Aktif Berlakon Semula
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

"Ada Yang Lebih Bahaya..." - Isu Anting-Anting Iluminati Ayda Jebat, Caprice Perjelas Maksud Sebenar!

gempak
Hanafis Haris
05/02/2020
10:15 MYT
Sponsor Banner
"Ada Yang Lebih Bahaya..." - Isu Anting-Anting Iluminati Ayda Jebat, Caprice Perjelas Maksud Sebenar!
Penyanyi rap Caprice menempelak tindakan netizen yang mengecam tindakan penyanyi Ayda Jebat yang memakai anting-anting berbentuk mata di sebuah program stesen televisyen baru-baru ini.
Anting-anting berkenaan dikatakan mempunyai unsur illuminati kerana menampilkan mata dengan reka bentuk segi tiga.
Menjelaskan perkara berkenaan, Caprice berkata, isu illuminati ini sudah lama bergelumang dalam pemikiran manusia sejak dulu lagi.
"Dulu orang kata nak popular kena join iluminati, kalau popular pun mesti sebab illuminati.
"Tapi bagi Caprice itu semua cerita saja," katanya.
Menurutnya, apa yang lebih perlu dibimbangkan oleh netizen bukanlah 'mata tiga segi' itu sebaliknya mata diri sendiri dan mata orang lain.
"Tidak kiralah artis atau tidak, kita sebenarnya lebih berisiko dengan penyakit Ain. Apa yang kita makan, tempat kita bercuti mesti ada orang tak suka.
"Pasti ada yang iri hati. Itu lebih bahaya," katanya.
Pada yang tidak tahu, Ain adalah penyakit atau gangguan yang disebabkan pandangan mata.
Terdapat hadis mengenai hal itu antaranya yang bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah SAW mengarahkannya (iaitu Aisyah) untuk mengubati dirinya daripada penyakit ‘ain.” (Riwayat Muslim, no 2195).
View this post on Instagram
Mata kita dan mata orang lain lagi bahaya daripada 'mata tiga segi' ?
A post shared by Caprice (@capriceofficial) on Feb 4, 2020 at 7:32pm PST
Topic Berkaitan
#Caprice
#Ayda
Must-Watch Video