,
The Hardest Singing Show

THSS: Terapung Sambil Main Piano, Aisha Retno Raih Markah Tertinggi 93.20% Peratus, Jom Semak Markah Penuh Semua Peserta

Umirah Halim
08/07/2024
01:55 MYT

Penyanyi, Aisha Retno telah dinobatkan sebagai peserta yang menduduki tangga pertama di minggu ke-9 dalam pertandingan The Hardest Singing Show.

Aisha tampil memukau penonton dengan persembahan bertenaganya yang melakukan aksi tergantung sambil bermain piano ketika melakukan persembahannya.

Bukan itu sahaja, Aisha turut menggantungkan dirinya secara terbalik selama satu minit ketika membuat persembahan.

Persembahannya itu telah meraih sorokan hangat daripada peminat dan standing ovation oleh kesemua barisan juri.

Aisha Retno raih 90.74%

Dengan tema Luar Limitasi, minggu ini telah menyaksikan Aisha Retno menerusi lagu nyanyian asal, Allahyarham Tan Sri P Ramlee iaitu Getaran Jiwa berjaya mengungguli kesemua enam bintang lain dengan markah 90.74% sekaligus membawa pulang RM2,000 untuk Anugerah The Hardest of Night.

Sementara itu, persembahan memukau daripada Stacy telah meraih undian yang banyak daripada penonton sekaligus mendapat Anugerah Pilihan The Hardest Singing Show Alha Alfa untuk minggu kelapan dan telah membawa pulang RM3,000.

Manakala, tiada penyingkiran peserta diumumkan pada minggu ini kerana semua finalis berjaya mara ke peringkat akhir.

Jom kita semak markah penuh peserta untuk konsert minggu kesembilan The Hardest Singing Show;

Rancangan 10 minggu ini bakal diacarakan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.

Sementara itu, bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato' Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.

Saksikan The Hardest Singing Show untuk menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.

Penerbitan 'The Hardest Singing Show' diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.

Penjurian & Trivia The Hardest Singing Show

* Persembahan setiap peserta menerusi 'The Hardest Singing Show' akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.

* Juara 'The Hardest Singing Show' akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000

beserta trofi sumbangan Astro.

* Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu "The Hardest Gempak Meter" pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi http://gempak.com/thehardestsingingshow.

* Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul 'I'm The Best' dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.

'The Hardest Singing Show' akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9.00malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).

Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.

Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
kilauan-emas

Kilauan Emas 2024: Maria Raih Tempat Pertama & Standing Ovation Daripada Juri, Ina Bawa Pulang Piala Emas Berkilau Of The Week

gempak
15/09/2024
01:25 MYT
Kilauan Emas 2024 telah membuka tirainya dengan persembahan 12 peserta.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: 10 Peserta Ke Pentas Akhir, Langkah 2 Peserta Terhenti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Separuh Akhir

gempak
08/09/2024
20:55 MYT
Peserta Farhan Mustapha unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu Separuh Akhir Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
Berita

Air Ketuban Pecah, Wanita Bersalin Dalam Ambulans Gara-Gara Ditolak 4 Hospital

gempak
26/08/2024
00:25 MYT
Seorang wanita hamil, baru-baru ini, yang melahirkan anak di dalam ambulans selepas kemasukannya ditolak oleh empat hospital.
gimme-the-mic

Adik Bulan Asyraff, Peserta Gimme The Mic Malaysia Meninggal Dunia - "Ingatkan Gastrik Biasa Tetapi Tidak"

gempak
16/08/2024
05:25 MYT
Peserta Gimme The Mic Malaysia, Bulan Asyraff berkongsi khabar duka bahawa adik perempuannya meninggal dunia pada Khamis malam.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Semua Peserta All Out! Yuna Akui Tertekan, Bunga Citra Lestari Stres… Ini Komen-Komen Juri Pada Minggu Pertama

gempak
22/07/2024
02:55 MYT
Juri-juri Gimme The Mic Malaysia menyifatkan konsert minggu pertama agak mencabar dalam memilih peserta yang terbaik.