,
Hiburan

Ebby Yus Tolak Tawaran Tiga Penderma Buah Pinggang - "Saya Tak Sampai Hati..."

Gempak
23/11/2024
18:32 MYT
Pelakon, Ebby Yus, 59, kini menjalani dialisis di rumah untuk penyakit buah pinggangnya bersyukur mendapat perhatian ramai termasuk menerima sumbangan daripada rakan artis untuk membantu mengurangkan bebannya.

BERITA TRENDING: Ratu Cantik Jepun, Yuumi Kato Ziarah Ebby Yus

Dalam sehari, Ebby menjalani rutin dialisis sebanyak dua kali selama lebih kurang 40 minit setiap sesi.
"Alhamdulillah. Sekarang, saya menjalani dialisis air sebab untuk dialisis darah, jantung tak kuat. Sekarang, saya buat bilik khas untuk dialisis di rumah.
"Sehari, saya perlu jalani dialisis sebanyak dua kali pagi dan petang. Sekarang, pihak hospital berikan percubaan cecair 7.5 peratus yang agak kuat dan ia boleh bertahan 12 jam," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Ebby, dia juga perlu mengehadkan pengambilan air, namun bersyukur kerana berat badannya mula menunjukkan kenaikan.
"Untuk air minuman, saya boleh minum 800 mililiter air sahaja. Andai kata saya kerap buang air kecil, saya boleh minum lebih. Alhamdulillah, proses membuang air kecil pun tak ada masalah.
"Berat badan saya pun dah naik. Sebelum ini, berat saya turun sehingga mencecah 59 kilogram (kg). Tapi, sekarang dah naik semula hingga 64 kg. Makan pun dah berselera," katanya.

BERITA TRENDING: Pernah Bekerjasama Dalam ‘Sepahtu Reunion’, Aretoy Banyak Belajar Daripada Ebby Yus - “Dia ‘Offer’ Diri Untuk Kita Bahan Dia”

Ketika ditemui, Ebby juga turut berkongsi mengenai bagaimana dia menolak derma buah pinggang yang ditawarkan tiga individu kepadanya. "Ada tiga individu yang nak mendermakan buah pinggang, tapi, saya tolak. Tak mengapa. Sebabnya, saya tak sampai hati nak ambil buah pinggang orang lain kerana mereka pun ada anak dan isteri.
"Jadi, kalau ada rezeki untuk saya sihat, Alhamdulillah. Kalau tak ada, dah sampai masa saya.
"Bahkan, kalau adik beradik nak derma pun, saya rasa, tak (terima) kot. Lagi pun, kita tak tahu sama ada ia sesuai atau tidak dengan kemampuan badan kita.
"Saya dah hidup dengan pelbagai penyakit ini sejak berusia 20-an lagi sehinggalah saya sekarang berusia hampir 60 tahun.
Alhamdulillah, Allah berikan kekuatan kepada saya," katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan penyanyi, Datuk Awie bersama Pengarah Urusan Rumah Produksi Merah, Datuk Eddy Amir Salim serta pasukannya.

BERITA TRENDING: Mohon Maaf Jika Menggores Hati Orang, Keadaan Kesihatan Ebby Yus Semakin Merosot - “Saya Dah Bersedia Apa Saja Yang Berlaku

Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Persembahan Penuh Emosi, Sarkas Juara Muzikal Lawak Superstar 4! Bawa Pulang Wang Tunai RM150,000

gempak
17/11/2024
15:48 MYT
Kumpulan Sarkas dinobatkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 berserta trofi.
Hiburan

Hafiz Suip Fokus Jaga Ibu Terlantar Sakit, Terpaksa Berenggang Sekejap Dengan Isteri - “Bagi Saya Semua Ini…”

gempak
15/11/2024
02:26 MYT
Penyanyi Hafiz Suip memaklumkan dia kini lebih selesa menetap di kampung halamannya iaitu Kuching, Sarawak bagi menjaga ibunya.
Hiburan

Ratu Cantik Jepun, Yuumi Kato Ziarah Ebby Yus

gempak
13/11/2024
03:25 MYT
Pelakon Ebby Yus yang kini sedang berehat panjang daripada industri hiburan menerima kunjungan seorang pelakon yang juga penyandang gelaran Ratu Cantik Jepun, Yuumi Kato di kediamannya pada Isnin.
Hiburan

Pernah Bekerjasama Dalam ‘Sepahtu Reunion’, Aretoy Banyak Belajar Daripada Ebby Yus - “Dia ‘Offer’ Diri Untuk Kita Bahan Dia”

gempak
30/10/2024
03:55 MYT
Pernah bekerjasama menerusi program Sepahtu Reunion, pempengaruh media sosial, Aretoy memberitahu dia belum mempunyai kesempatan untuk melawat pelawak Ebby Yus yang kini dalam keadaan tidak sihat.
Hiburan

Netizen Sebak Lihat Keadaan Terkini Roslan Saleh Yang Semakin Uzur, Doakan Cepat Sembuh

gempak
23/10/2024
20:55 MYT
Pelakon veteran, Roslan Saleh atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lan kini dilaporkan semakin uzur.
Unitar