,
The Hardest Singing Show

THSS: Menjadi Yang Pertama Tersingkir, Kaka Azraff Gembira Dapat Cuba Banyak Benda - “Ini Bukan Pengakhiran”

Umirah Halim
03/06/2024
01:55 MYT
Konsert minggu keempat The Hardest Singing Show (THSS) telah menyaksikan Kaka Azraff sebagai peserta pertama yang tersingkir.

Kaka bersyukur

Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 35, tidak menganggap penyingkiran ini sebagai pengakhiran bagi karier nyanyiannya.
Malah, Kaka berkata, dia bersyukur kerana boleh meneruskan semula kerja-kerja dan komitmen lain yang tergendala.
“Kaka bersyukur dengan apa sahaja sebab ini bukan pengakhiran bagi karier saya. Sebab kerja saya pun tergendala disebabkan komitmen untuk rancangan THSS ini.
“Kita ada lagu yang nak dirakam jadi sudah 4 minggu tergendala nak buat kerja, anak-anak pun tergendala jadi saya ambil penyingkiran ini sebagai perkara yang positif.

“Saya tak ambil perkara ini sebagai kejatuhan karier saya, saya rasa ini satu permulaan buat saya untuk comeback dengan lebih fresh selepas ini.

“Saya masuk pertandingan ini pun bukan saya nak menang, kalau menang itu bonus. Sebab saya masuk THSS ini untuk explore diri saya,” katanya ketika ditemui Gempak.
Sementara itu, berkongsi mengenai pengalaman sepanjang berentap di THSS, Kaka bagaimanapun gembira dengan setiap persembahan yang telah dilakukan.
“Pengalaman yang sangat baru buat saya, tapi saya memang gembira dengan persembahan saya, usaha saya sebab rancangan ini beri ruang untuk saya berkarya dan cari sesuatu dalam diri saya,” tambahnya lagi.

Berita Trending: “Pasal Putus Hubungan Disebabkan Ibu Dia Juga” - Ex Influencer…

Rancangan 10 minggu ini telah diacarakan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.
Sementara itu, bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato' Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.
Saksikan The Hardest Singing Show untuk menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.
Penerbitan 'The Hardest Singing Show' diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.
Penjurian & Trivia The Hardest Singing Show
* Persembahan setiap peserta menerusi 'The Hardest Singing Show' akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.
* Juara 'The Hardest Singing Show' akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000
beserta trofi sumbangan Astro.
* Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu "The Hardest Gempak Meter" pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi http://gempak.com/thehardestsingingshow.
* Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul 'I'm The Best' dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.
'The Hardest Singing Show' akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9.00malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.
Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.

THSS: Diberi Gelaran Peserta ‘Underdog’, Aepul Roza; "Saya Tak Anggap Negatif Tapi Itu Satu ..."Berita Trending:

Berita Trending: THSS: Penangan Sheesh & Persembahan Out Of The Box, Aisha Retno Raih Mata Tertinggi 94.55%! Ini Senarai Markah Penuh

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: 12 Peserta Melangkah Ke Separuh Akhir, Dua Tugasan Menanti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Keenam Semua Peserta

gempak
01/09/2024
20:55 MYT
Peserta Shazreen Shaharum unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu keenam Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Bulan Asyraff Teratas, Seorang Peserta Tersingkir.. Jom Semak Markah Penuh Minggu Kelima Semua Peserta

gempak
25/08/2024
21:55 MYT
Peserta Bulan Asyraff unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu kelima Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Dari Menyelinap Keluar Sehingga Kes Dadah, Ini 5 Atlet Yang Disingkirkan Dari Olimpik Akibat Langgar Peraturan

gempak
11/08/2024
05:55 MYT
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang barr]u-baru ini dibatalkan penyertaan dalam pusingan pertama acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024 kerana dilihat memotong terlalu awal sebelum derny keluar sepenuhnya daripada trek.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Alat Kemaluan Terkena Palang Punca Atlet Perancis Tersingkir

gempak
05/08/2024
05:55 MYT
Atlet lompat bergalah Perancis, Anthony Ammirati, melihat impiannya di pentas Sukan Olimpik Paris berakhir dengan faktor yang tidak masuk akal.