Hiburan
Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Bukti tuduhan
Diana menerusi Instastory menegaskan laporan polis itu dibuat oleh Kementerian Wanita & Keluarga selain mencabar mana-mana individu mengemukakan bukti tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
“Lagi satu, nak marah biar tepat. Minggu lepas saya dah keluarkan kenyataan rasmi, bukan saya yang buat laporan terhadap sesiapa.
“Laporan dan tindakan dibuat dari Kementerian Wanita & Keluarga sendiri. Kes ini melibatkan Kerajaan Malaysia (melawan) defendan. Saya cabar anda untuk buktikan saya yang buat laporan.
ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad Tak Terkesan Netizen Petik Nama Bakal Disaman ‘Abang Bas’ - “Saya Cakap Berlandaskan Fakta, Nak Cakap Saya ‘Terpaling’…Terpulanglah”
ARTIKEL BERKAITAN: "Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam
ARTIKEL BERKAITAN: “Keluarga Rapat Pun Tak Boleh Dipercayai” - Diana Danielle Puas Hati Abang Bas Sekolah Ditangkap
ARTIKEL BERKAITAN: Tiz Zaqyah Bengang Ada Individu Backup Abang Bas, Kongsi Pengalaman Rakan Sendiri Kena Gangguan Seksual
“Terterakan nama saya di mana-mana laporan. Setakat pakcik kedai kopi sembang ‘rasa’, bumi pun boleh telan matahari,” katanya.
Berita palsu
Pada perkongsian yang sama, Diana turut menganggap segelintir netizen sememangnya lebih gemar mempercayai berita palsu daripada platform tidak sahih.
“Nak maki pun, cari la fakta yang betul. Tapi tulah nak suruh membaca tu payah sikitlah budaya kita inikan lagi suka baca portal yang tak sahih dan berita palsu WhatsApp.
“Saya ulang, laporan itu dari Menteri bersama dengan Kementeriannya dan bukanlah individu.
Okay, teruskan makian anda tapi biar dari sumber yang tepat, lawak ja tengok korang emosi tapi kutip sumber dari berita palsu di Facebook, macam mana ini?” tegasnya.
Sebelum ini, isteri kepada aktor Farid Kamil berkongsi semula kenyataan media daripada pihak polis berhubung penahanan pemandu bas yang dipercayai membuat konten dengan pelajar-pelajar sekolah berserta kapsyen yang agak tidak sesuai.
Bagaimanapun, tindakan Diana itu disalah erti sehinggakan segelintir netizen mendakwa pelakon itu adalah individu yang membuat laporan polis terhadap Abang Bas.
Tidak lama kemudian, pemandu itu telah didakwa di Mahkamah Muar, Johor atas pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan namun dibebaskan pada Selasa dengan bayaran jaminan sebanyak RM40,000.
Rentetan itu, keluarga abang bas melahirkan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan selebriti yang didakwa mengundang syak wasangka serta kecaman terhadap mereka sebelum ini.
Antara nama ‘dipetik’ netizen ialah pengacara Uyaina Arshad dan Diana Danielle kerana dilihat lantang bersuara mengenai isu berkenaan dalam media sosial.
Must-Watch Video