,
The Hardest Singing Show

THSS: Bukan Pertandingan Fokus Nyanyian Semata-Mata, Ini Sebab De Fam Bersetuju Sertai The Hardest Singing Show

Umirah Halim
03/05/2024
12:55 MYT
Kumpulan De Fam mendedahkan kenapa mereka memilih untuk menyertai rancangan baharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show (THSS).

Platform untuk De Fam

Menurut salah seorang anggotanya, Sophia Liana, program ini bakal membuka banyak peluang kepada mereka selain dijadikan platform untuk melebarkan lagi identiti sebagai penyanyi berkumpulan.
"Sejujurnya mula-mula kami nak tarik diri sebab banyak komitmen tapi selepas kami berbincang balik, kami rasa ini adalah peluang untuk De Fam menonjolkan identiti baharu. Jadi disebabkan itu kami bersetuju untuk menyertai rancangan ini.
"Rancangan ini bukannya pertandingan nyanyian sebab ia lebih fokus kepada shownmanship dan bagaimana kita menghibur penonton jadi benda itu selari dengan kami," ujarnya.

Cabaran De Fam

Sementara itu, Cik Manggis juga menafikan dakwaan bahawa kumpulan itu kelihatan sedikit menyerlah berbanding peserta lain hanya kerana mereka bergerak secara kumpulan.
"Tak semestinya kita ramai bertiga ada kelebihan di situ, nanti boleh tengoklah apa yang kami akan sajikan kepada penonton semua.
"Semua benda ada pro and cons dia mungkin untuk De Fam orang akan nampak kelebihannya sebab kami bertiga dan mungkin nampak energy kami lebih besar daripada peserta yang lain
"Tapi bagi kami apa yang mencabar adalah untuk dapatkan lagu yang sesuai sebab kami ada ton suara dan cara nyanyian yang berbeza jadi ia adalah salah satu cabaran untuk kami juga.
De Fam berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas Sidang Media THSS di Mid Valley baru-baru ini.

Saksikan The Hardest Singing Show!

Bukanlah sebuah gameshow, 'The Hardest Singing Show' ini merupakan pentas nyanyian yang berteraskan konsep 'Kreativiti Luar Limitasi', dan bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka.
Peserta juga dikehendaki memberikan satu 'Wow Moment' dalam 'showmanship' bergantung pada idea dan kreativiti para peserta. Konsep tambahan ini menjadi faktor penting dalam pemarkahan akhir mereka serta kedudukan dalam pertandingan sehingga ke minggu akhir.
Barisan peserta yang bakal bersaing selama 10 minggu menerusi rancangan pertandingan nyanyian terbaharu Astro ini merupakan 9 peserta individu dan berkumpulan terdiri daripada penyanyi terhebat kini, termasuk Datin Alyah, Zizi Kirana, Ayda Jebat, Kaka Azraff, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, serta kumpulan penyanyi wanita popular Malaysia, De Fam yang terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana.
Manakala pengacara dan penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose yang akan menggemudi rancangan ini.
Sementara itu, bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato' Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.
Penerbitan 'The Hardest Singing Show' diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.

Penjurian & Trivia The Hardest Singing Show

* Persembahan setiap peserta menerusi 'The Hardest Singing Show' akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.
  • Juara 'The Hardest Singing Show' akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000
  • beserta trofi sumbangan Astro.
  • Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu "The Hardest Gempak Meter" pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi http://gempak.com/thehardestsingingshow.
  • Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul
  • 'I'm The Best' dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.
'The Hardest Singing Show' akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9.00 malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.
Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.

Berita Trending: Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show?

Berita Trending: “Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

DeFam & 6ixth Sense Akan Satu Pentas Dengan Macklemore, Bakal Beraksi Di Konsert ‘After Race Fest’

gempak
21/08/2024
13:55 MYT
Penyanyi rap Macklemore antara yang bakal memeriahkan konsert After Race Fest yang bakal berlangsung di Helipad Litar Antarabangsa Petronas Sepang (SIC), pada 3 November nanti.
Hiburan

Video Temu Bual Jadi Tular, Azira Shafinaz Bangga Dengan Kejayaan Ibu - “Orang Selalu Cakap Muka Saya Bila Dah Tua Macam…”

gempak
21/08/2024
04:25 MYT
Tular sebuah video temu bual ibu kepada penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz iaitu Datuk Emmy Suraya dengan sebuah portal gaya hidup di TikTok baru-baru ini.
the-hardest-singing-show

THSS: Syok Sangat Buat Stunt, Lutut Aepul Roza 'Terkeluar'! - "Dari Minggu Pertama Sakit Belakang, Buku Lali Saya Pula ..."

gempak
16/07/2024
01:55 MYT
Juara The Hardest Singing Show (THSS), Aepul Roza mendedahkan pernah mengalami beberapa insiden kecederaan sewaktu melakukan persembahan di atas pentas THSS.
the-hardest-singing-show

THSS: Main Sihir? Aisha Retno Dakwa 'Diganggu' Senior Sepanjang Bertanding - "Saya Sedih, Sempat Mengidolakan ..."

gempak
15/07/2024
23:55 MYT
Penyanyi Aisha Retno memberitahu kehadirannya dalam pertandingan realiti itu tidak disenangi oleh semua pihak.
the-hardest-singing-show

THSS: Raih Naib Juara The Hardest Singing Show, Ayda Jebat Tumpang Gembira Kemenangan Aepul

gempak
15/07/2024
10:30 MYT
Penyanyi Ayda Jebat memaklumkan bahawa dia tidak berasa ralat dalam dirinya walaupun mendapat tempat kedua di konsert final The Hardest Singing Show musim pertama malam tadi.