,
The Hardest Singing Show

THSS: Aepul Roza Dinobat Juara, Bawa Pulang RM150,000! - "Saya Terkejut, Tak Pernah Menang Apa-Apa"

Amri Hassan
14/07/2024
16:10 MYT
Penyanyi Aepul Roza dinobatkan sebagai juara pertandingan realiti nyanyian The Hardest Singing Show 2024.
Kemenangan itu melayakkan Aepul membawa pulang hadiah utama wang tunai bernilai RM150,000, pakej pelayaran dan trofi kemenangan.

Tak pernah menang apa-apa

"Terima kasih semua, team produksi dan Astro untuk ruang dan peluang ini. Saya terkejut, saya tak pernah menang apa-apa pertandingan walaupun cabutan bertuah. Alhamdulillah, rezeki Allah. Terima kasih buat juri yang saya hormati kerana mempercayai saya," kata Aepul ketika ucapan di pentas.

Pusingan solo menyaksikan Aepul mempersembahkan lagu It's My Life (Bon Jovi) manakala pusingan battle menggandingkannya bersama Putera Muhammad menerusi lagu Melompat Lebih Tinggi (Sheila on 7).

BERITA TRENDING: Rupanya Rina Nose Takut Lipas, Lepas Persembahan Aepul Tiba-Tiba Rasa Benda Merayap - “Ada Helaian Rambut Halus Di Leher”

BERITA TRENDING: THSS: Raih Posisi Juara Minggu Ke-5, Aepul Roza Dedah Persembahan Terinspirasi Daripada Naim Daniel

BERITA TRENDING: THSS: Bawa ‘Cinta Hati’ Atas Pentas, Aepul Roza Raih Markah Tertinggi 90.83%! Jom Semak Markah Penuh Semua Peserta

BERITA TRENDING: THSS: Diberi Gelaran Peserta ‘Underdog’, Aepul Roza; "Saya Tak Anggap Negatif Tapi Itu Satu ..."

Sementara itu, kedudukan kedua pula disandang oleh Ayda Jebat. Naib juara membawa hadiah wang tunai RM20,000, pakej pelayaran dan trofi.
Stacy pula berada di kedudukan ketiga dengan hadiah wang tunai RM10,000, pakej pelayaran dan trofi.
Tempat keempat menjadi milik Aisha Retno. Aisha membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, pakej pelayaran dan trofi.
Manakala, Putera Muhammad pula menduduki tempat kelima dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, pakej pelayaran dan trofi.
Tempat keenam menjadi milik Zizi Kirana yang membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, pakej pelayaran dan trofi.
Manakala, Anugerah Pilihan THSS Alha Alfa (RM10,000) pula terus didominasi oleh Stacy.
Rancangan 10 minggu ini telah diacarakan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.
Sementara itu, bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato' Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak. Di pentas akhir THSS, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza diundang sebagai juri jemputan bersama Adlin Aman Ramli.
Saksikan The Hardest Singing Show untuk menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.
Penerbitan 'The Hardest Singing Show' diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.

Penjurian & Trivia The Hardest Singing Show

* Persembahan setiap peserta menerusi 'The Hardest Singing Show' akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional. * Juara 'The Hardest Singing Show' akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro. * Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu "The Hardest Gempak Meter" pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi http://gempak.com/thehardestsingingshow . * Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul 'I'm The Best' dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.
'The Hardest Singing Show' akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9.00 malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.
Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar