,
Sukan

Terbuka China: Wei Chong-Kai Wun Tumbangkan Juara Dunia Dari Korea Selatan

Awani
19/09/2024
10:25 MYT
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakar kejutan apabila menumbangkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di pusingan kedua Terbuka China 2024 pada Khamis.
Pasangan di ranking ke-13 dunia itu menewaskan lawannya dalam dua set 21-18, 21-19 untuk melangkah ke pusingan suku akhir pada aksi berlangsung di Gimnasium Xincheng, China.
Menanti Wei Chong-Kai Wun di pusingan suku akhir esok adalah pemenang aksi melibatkan pasangan negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani menentang rakan senegara Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King.
"Kami sangat gembira kerana kadangkala kami menang dengan cemerlang, kami kalah dan bangkit kembali.
"Saya rasa komunikasi antara kami lebih baik yang menjadikan prestasi kami bertambah baik semasa perlawanan," kata Wei Chong dalam satu audio yang dikongsi kepada media oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Sementara itu, hasrat pemain beregu campuran utama negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke suku akhir tidak kesampaian apabila tewas di pusingan kedua.
Pemenang Terbuka Korea 2024 itu tewas kepada pasangan Indonesia Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanualle Widjaya 15-21, 21-13, 9-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 56 minit.
Menanti Ferdinansyah-Gloria di suku akhir ialah pasangan negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin yang mara selepas menewaskan rakan senegara Yap Roy King-Valeree Siow 21-9, 21-15.

BERITA TRENDING: “Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

BERITA TRENDING: Elly Mazlein Kongsi Detik Perkenalan Bersama Suami - ”Lepas Dia Beritahu Tiada Instagram, Terus Lulus”

BERITA TRENDING: CEO GISB, Isteri Antara 19 Individu Ditahan - KPN

BERITA TRENDING: Didik Anak Jangan Membazir, Netizen Puji Cara Maryam Younarae ‘Pujuk’ Rina Diana Menangis Nak Patung Lagi - “Kalau Nak Beli 10 Pun Mampu, Tapi Dia…”

Turut tersingkir di peringkat 16 terbaik membabitkan pasangan beregu campuran profesional negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang tewas kepada gandingan Denmark Jesper Toft-Amalie Magelund 18-21,18-21.
Sementara itu wakil tunggal negara dalam acara beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah turut ditunjuk jalan keluar pada pusingan kedua apabila tewas kepada wakil tuan rumah Li Yi Jing-Luo Xu Min 16-21, 18-21.
Sumber: Astro Awani menerusi Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Komposer Ooi Eow Jin Meninggal Dunia

gempak
18/09/2024
11:16 MYT
Komposer dan pemuzik terkenal, Datuk Ooi Eow Jin meninggal dunia akibat sakit tua pada petang Rabu.
Gaya Hidup

#Travelmana: Hampir 100,000 Pelancong Malaysia Bercuti Ke Selatan Thailand!

gempak
16/09/2024
23:25 MYT
Hampir 100,000 pelancong Malaysia memanfaatkan cuti panjang hujung minggu sempena sambutan Hari Malaysia untuk bercuti di wilayah Selatan Thailand, menyumbang lebih daripada 1 bilion baht (100 baht = RM12.95) kepada ekonomi tempatan.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Farhan Mustapha Dinobat Grand Champion - "Ini Untuk Adik!"

gempak
15/09/2024
16:10 MYT
Finalis Farhan Mustapha dinobatkan sebagai juara Gimme The Mic Malaysia 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
Sukan

Pearly-Thinaah Juara Terbuka Hong Kong

gempak
15/09/2024
08:10 MYT
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah muncul juara Terbuka Hong setelah menewaskan pilihan kedua dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning secara straight set sebentar tadi.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Pertarungan Sengit 10 Finalis, Elemen Kejutan Jadi Tumpuan… Ini Ramalan Siapa Yang Bakal Bergelar Juara

gempak
15/09/2024
06:55 MYT
Debaran semakin kencang! Pentas akhir Gimme The Mic Malaysia bakal berlangsung malam ini dengan menyaksikan 10 finalis bakal berentap menjadi yang terbaik.