,
The Hardest Singing Show

Debaran Kemuncak Konsert Final THSS: Ini Harapan Dan Ucapan Barisan Juri The Hardest Singing Show

Umirah Halim
13/07/2024
07:55 MYT
Tinggal satu hari sahaja lagi menjelang Konsert Akhir The Hardest Singing Show (THSS) Musim Pertama.

Enam bintang bakal berentap

Seramai enam bintang yang bakal berentap di konsert penentu yang bakal bersiaran langsung dari CIDB Convention Centre pada Ahad, 14 Julai ini.
Konsert akhir itu bakal menyaksikan Stacy, Aisha Retno, Ayda Jebat, Putera Muhammad, Aepul Roza dan Zizie Kirana bersaing merebut gelaran juara.
ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Penangan Sheesh & Persembahan Out Of The Box, Aisha Retno Raih Mata Tertinggi 94.55%! Ini Senarai Markah Penuh

​ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Persembahan Ayda Jebat Over The Top, Suara Aisha Retno Unik, Ini Recap Minggu Pertama THSS

Bagi menghangatkan bahang kemuncak pentas akhir THSS, Gempak bawakanharapan dan ucapan daripada barisan bangku juri buat semua finalis menjelang konsert final The Hardest Singing Show:

Edry Abdul Halim:

“Di peringkat final ini tiada alasan lagi jadi semua peserta harus bertanding atas dasar kualiti persembahan mereka.
“Saya risau dengan set lagu untuk final mereka tapi ini lah Hardest Singing Show jadi saya look forward untuk konsert final bagi menyaksikan keunikan dan kebijaksanaan artis-artis ini untuk memberi satu nafas baharu kepada persembahan mereka dan yang paling penting impact kepada penonton.

Datuk Sri Rossa:

“Saya sangat beruntung untuk berada di pertandingan ini sebab memang diluar limitasi semua peserta berusaha untuk berikan pesembahan yang terbaik.
“Harapan saya semoga nanti di final mereka akan memberikan lebih lagi daripada 9 minggu ini dan smeoga boleh memberikan inspirasi kepada pennyante seni di Malaysia dan diluar negara.

Zizan Razak:

“Saya nak semua peserta enjoy untuk minggu final dalam task yang betul jadi dia jadi best.

​ARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"

​ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Selalu Buat Aksi Stunt Ganas, Ayda Jebat Sudah Terima Nasihat Doktor

​ARTIKEL BERKAITAN: Aepul Roza Akui Tumpang Populariti Kontroversi Rumah Tangga Sedang ‘Panas’ - “Kebanyakan Karya Saya…”

Rancangan 10 minggu ini bakal diacarakan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.
Sementara itu, bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato' Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.
Saksikan The Hardest Singing Show untuk menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.
Penerbitan 'The Hardest Singing Show' diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.
Penjurian & Trivia The Hardest Singing Show
* Persembahan setiap peserta menerusi 'The Hardest Singing Show' akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional. * Juara 'The Hardest Singing Show' akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro. * Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu "The Hardest Gempak Meter" pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi http://gempak.com/thehardestsingingshow. * Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul 'I'm The Best' dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.
'The Hardest Singing Show' akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9.00 malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.
Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Terkini

“Satu Hari nanti Jika Sesuai…” - Belum Masa Untuk Buat Konsert, Dayang Nurfaizah Mahu Fokus Album

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Perjalanan seni penyanyi, Dayang Nurfaizah kini sudah berusia 25 tahun.
Hiburan

Mahu Fokus Karier, Aisha Retno Doakan Kejayaan Yuka Kharisma - "Hanya Padang Mahsyar Yang Boleh Menjawab"

gempak
21/11/2024
06:55 MYT
Namun menurut Aisha buat masa ini dia hanya mahu memfokuskan kepada kariernya dan lagu yang akan dilancarkan pada bulan hadapan.
Hiburan

Luar Biasa! M Nasir, Sheila Majid, Misha Omar, Aina Abdul & Amir Jahari Jentik Emosi Peminat Di Konsert Amal MPO: Resonance For A Reason

gempak
19/11/2024
15:52 MYT
Dengan kehadiran lebih 900 penonton, ternyata penganjuran Konsert Amal Orkestra Filharmonik Malaysia, MPO Benefit Concert: Resonance for a Reason berjaya menambat hati peminat.
Hiburan

Peminat Sanggup Berhujan Layan Pesta Muzik Cuckootopia 5 Jam Tanpa Henti, Kim Soo Hyun Bikin Hati Cair!

gempak
18/11/2024
15:55 MYT
Biduanita Negara Datuk Siti Nurhaliza berjaya memukau kira-kira 18,000 penonton yang hadir di Pesta Muzik Cuckootopia bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-10 Cuckoo yang diadakan di Surf Beach,Sunway Lagoon malam Ahad.
Unitar