,
Suara Viral

Selepas 11 Tahun, Ameem Suara Viral Bertemu Sekali Lagi Akim Ahmad

ZULHILMI JALIL
26/06/2020
07:47 MYT
Kira-kira 11 tahun yang lalu, dua jejaka ini pernah mencuba nasib bersama-sama untuk masuk ke industri hiburan menerusi program realiti nyanyian Akademi Fantasia (AF) musim yang ketujuh.
Selepas lebih sedekad lamanya, hari ini, peserta program Suara Viral, Ameem, bertemu sekali lagi dengan rakan seangkatannya ketika AF, penyanyi Akim Ahmad.
Cuma, apa yang membezakan, pada hari ini, Ameem masih lagi mencari-cari peluang yang ada, tatkala Akim sudah duduk di kerusi juri mengadili persembahannya.
"Pada saya tak ada masalah pun walaupun kami pernah sama-sama menyertai AF. Apa yang membezakan kami adalah pengalaman. Akim sudah mempunyai 11 tahun pengalaman dalam dunia nyanyian .
"Saya pula selama 11 tahun masih lagi mencari peluang nak menapak dalam industri. Saya percaya setiap orang mempunyai perjalanan rezeki masing-masing," katanya kepada Astro Gempak.
Ameem yang bekerja sebagai eksekutif pemasaran itu berkata, dalam tempoh itu juga, dia cuba memperbaiki diri dengan menimba ilmu dalam dunia muzik.
"Saya bersama Akim ketika Top 20. Pada masa itu saya tak nafikan yang Akim memang seorang yang berbakat dan menonjol dan punya karakter tersendiri.
"Tatkala saya masih lagi macam malu-malu nak ke depan. Jadi, selepas itu saya menyambung pelajaran dalam bidang seni persembahan," katanya yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Muzik) dari Universiti Malaya.
Ameem merupakan peserta yang mendapat tempat pertama ketika konsert minggu kedua yang berlangsung pada Rabu lalu.
BACA: Suara Viral: Kedudukan Peserta & Recap Komen Juri Minggu Kedua
Pada minggu kedua itu juga menyaksikan jurutera, Farid menjadi peserta pertama tersingkir.
Dalam pada itu, jangan lupa untuk mengundi peserta Suara Viral Paling Gempak pilihan anda di sini.
Undian dibuka pada pukul 11 malam sejurus selesai konsert mingguan yang diadakan pada setiap Rabu selama lima hari.
Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu bakal bersiaran menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 17 Jun, setiap Rabu pada pukul 9 malam.
Dihoskan oleh Datuk AC Mizal, penonton juga boleh menyaksikan persiapan para peserta menerusi 'Jom Intai Suara Viral' yang akan ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa pukul 6.55 petang.
Bagi pilihan yang lebih fleksibel, penonton juga boleh menyaksikan program tersebut secara strim menerusi aplikasi Astro GO.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Suara Viral, layari www.gempak.com/suaraviral.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Saya Janji Orang Tak Akan Rugi” - Konsert Sulung Stacy Berkonsep Broadway Bakal Tawan Peminat

gempak
11/02/2023
07:00 MYT
Tak sabarnya
Laman Utama

[VIDEO] “Bulatnya Mata Isa” - Netizen Melting Dapat Lihat Wajah Penuh Anak Akim & Stacy

gempak
08/10/2022
01:00 MYT
Wajah Isa, anak Akim & Stacy
Laman Utama

Lagu Asmara Berjaya Bawa Ibu Kepada 3 Cahaya Mata Ke Pentas Suku Akhir Suara Viral 3.0

gempak
01/09/2022
07:00 MYT
Konsert Suara Viral 3.0 minggu tujuh
Laman Utama

"Mudah-Mudahan Mereka Adik-Beradik Akrab” - Akim Ada Sebab Pilih Isa, Lama Idam Letak Nama Nabi

gempak
11/08/2022
09:30 MYT
Ada geng dah lah Akim lepas ni heheh.
Laman Utama

“Assalamualaikum Isa” – Stacy & Akim Kongsi Nama Cahaya Mata Baharu, Akui Kehadiran Anak Kedua Bikin Semua Teruja

gempak
10/08/2022
07:00 MYT
Selamat berpantang Stacy