gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Terharu Dapat Sokongan Penonton Dari Indonesia, Alya Iman Sedia Kembangkan Karier - “Saya Sangat Bangga”
GAYA HIDUP
Bukan Sekadar Mengajar, Guru Wanita Ibu Kedua Di Sekolah
BERITA
Makkah Dilanda Pencemaran Debu, Jemaah Dinasihat Pakai Pelitup Muka
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
Mak Nani Terkilan Ahmad Nawab Tak Sempat Lihat Projek Galeri | Gempak
BERITA

Mak Nani Terkilan Ahmad Nawab Tak Sempat Lihat Projek Galeri

gempak
Gempak
24/11/2024
13:55 MYT
Sponsor Banner
Mak Nani Terkilan Ahmad Nawab Tak Sempat Lihat Projek Galeri
Seniwati legenda, Datuk Rosnani Jamil, 88, tidak dapat menahan sebak ketika berkongsi mengenai teman rapatnya, Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab.
Rosnani atau mesra disapa Mak Nani berkata, dia baru berbincang idea membuka galeri khas buat temannya itu.
Namun, apa yang menyentuh hati Rosnani, Allahyarham Ahmad Nawab tidak berkesempatan melihat projek itu direalisasikan.
"Mak dengan arwah terlalu rapat. Kebetulan, Mak baru balik dari Pulau Pinang, merasmikan galeri untuk Allahyarham Nordin Ahmad bersama Persatuan Karyawan Pulau Pinang.
"Orang ingatkan Allahyarham Tan Sri P Ramlee sahaja. Jadi, dalam pada itu, kita berbicara memikirkan mengenai arwah sebab beliau pun orang Pulau Pinang.
"Disebabkan itu, persatuan berpandangan, insya-Allah, sekarang kita sudah selesai buat untuk Allahyarham Nordin, kita akan buat untuk Ahmad Nawab pula.
"Kami sangat gembira bercakap mengenai arwah. Kemudian, tadi anak telefon beritahu Ahmad Nawab sudah tiada. Jadi, Mak tak tahu hendak cakap apa... Mak sedih tidak dapat berjumpa pun," katanya ditemui ketika menziarahi jenazah Allahyarham Ahmad Nawab di kediamannya di Taman Melewar di sini, malam tadi.
Allahyarham Ahmad Nawab dilapor meninggal dunia di kediaman di Taman Melewar, Batu Caves di sini, pada jam 3.15 petang tadi.
Berita sedih pemergian Allahyarham Ahmad Nawab atau nama penuh, Ahmad Khan Nawab Khan itu disahkan cucunya, Khairul Hafis Khan.
Rosnani berkata, beliau sering berkunjung ke rumah Allahyarham Ahmad Nawab sebelum isteri arwah meninggal dunia.
"Dahulu ketika Mak pandai bawa kereta, ketika arwah isterinya masih ada, kami sangat rapat. Slalu bawakan lauk makan di rumah anak. Sekarang isteri dia sudah tiada, Mak tidak datang sehingga hari ini.
"Anak Emak selalu marah, iyalah kalau nak datang kena masak untuk arwah. Arwah sukakan rendang ayam Mak.
"Doalah semoga Allah meletakkan arwah bersama hamba-Nya yang beriman dan ampunkan segala dosanya. Tidak lama lagi, Mak pun akan menyusul agaknya," katanya.
Sumber: Berita Harian
Topic Berkaitan
#Ahmad Nawab
#Mak Nani
Must-Watch Video