kaharKaplaHighCouncil

Amir Ahnaf Terharu Ibu Menangis Lepas Tonton Filem Kahar: Kapla High Council - “Mama Kata Tahniah Along, Ayah Cakap Terbaik”

Mya Amri
26/11/2024
02:35 MYT
Sponsor Banner
Amir Ahnaf Terharu Ibu Menangis Lepas Tonton Filem Kahar: Kapla High Council - “Mama Kata Tahniah Along, Ayah Cakap Terbaik”
Pelakon, Amir Ahnaf melahirkan rasa gembira dan terharu melihat reaksi kedua ibu bapanya selepas menonton filem terbaharu lakonannya berjudul Kahar: Kapla High Council.

Ibu menangis, bapa puji terbaik

Amir berkata, ibunya menangis ketika menonton filem tersebut manakala bapanya pula mengucapkan tahniah selain memuji dirinya.

“Mama kata tahniah along, mama menangis, awak buat dengan begitu bagus dan ayah pun cakap tahniah along ini paling terbaik. “Saya sangat bangga dengan diri saya sebab seumur hidup saya, saya tak pernah bangga dengan diri saya sendiri.

“Kadang-kadang mama dengan ayah pun sibuk juga tak sempat nak tonton drama-drama dan filem sebelum ini.
“Dan apabila saya bangga dapat banggakan mak ayah, rasa gembira. Insya-Allah, kita akan dapat banggakan Malaysia (menerusi filem Kahar),” ujarnya.
Amir berkata demikian ketika ditemui di malam gala Kahar: Kapla High Council bertempat di GSC, Mid Valley yang berlangsung pada Isnin.

Tak rasa segan

Dalam pada itu, mengulas mengenai beberapa babak dalam filem tersebut, Amir berkata dia tidak berasa segan kerana apa yang dipertonton itu adalah Kahar dan bukan dirinya.

“Saya tak ada rasa segan sebab yang saya pertontonkan itu adalah Kahar bukan saya sendiri dan saya percaya mama, ayah, adik beradik saya pun faham juga. “Yang dorang tonton itu adalah satu imej, satu visual yang perlu dipertontonkan untuk bagi nasihat atau pun teladan,” katanya.

Selain Amir, Kahar: Kapla High Coucil dibintangi oleh Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Khenobu dan Thompson Goh.
Kahar Kapla High Council adalah prekuel kepada drama premium High Council.
Astro Shaw juga mendedahkan nama-nama daripada siri premium popular Project High Council yang dikembalikan untuk filem prekuel ini.
Barisan pelakon tersebut adalah Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Nadhir Nasar, Naim Daniel, Yusof Hashim (Ucop), Sathisvaran, Hushairy Hussain, Ameer Asyraf dan Hasnul Rahmat.

ARTIKEL BERKAITAN:Amir Ahnaf Menyanyi Lagu Tema Filem Kahar: Kapla High Council Berjudul Kudeta

ARTIKEL BERKAITAN:Aedy Ashraf Puas Bawa Watak Beja! Bangga Jadi Anok Kelate - “Tak Rasa Kekok Nak Cakap Dialek Kelantan”

ARTIKEL BERKAITAN:Ramai Mahu Jadi Kahar Tapi Amir Ahnaf Bagi Amaran!

ARTIKEL BERKAITAN:“MasyaAllah Suara Kapla Merdu Weh” - Terpegun Dengar Bacaan Al-Quran, Ramai Nak Jadikan Amir Ahnaf Suami

ARTIKEL BARKAITAN:“Kita Pun Tak Nak Terus Berlaku Dalam Masyarakat” - Sky Iskandar Harap Mangsa Buli Jangan Pendam, Luah Pada Saluran Yang Betul

Bercakap mengenai buli, filem terbaharu arahan Razaisyam Rashid iaitu Kahar: Kapla High Council bakal memberikan pengajaran kepada penonton mengenai impak yang berlaku bila budaya buli dibiarkan berleluasa.
Malah para pelakon Kahar: Kapla High Council juga menolak sekeras-kerasnya gejala buli yang berlaku dalam kalangan masyarakat.
Skrip filem ini ditulis oleh ‘creator’ Project : High Council, Anwari Ashraf bersama beberapa penulis lain.
Filem ini diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama GSC, HM Entertainment dan ZAK Capital.
Kahar: Kapla High Council akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, bermula 28 November dan Singapura pada 5 Disember.
Filem ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Mental Illness Awareness & Support Association (MIASA Malaysia) dan Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) dalam menghebahkan mesej keganasan bukalah jawapannya dan menyebarkan kesedaran tentang kempen anti buli dan keganasan.
Kerjasama ini menyaksikan anjuran beberapa majlis bersama masyarakat serta menghasilkan video pesanan khidmat masyarakat bersama barisan pelakon.
Usaha membawa kempen ‘#StopViolence’, turut memperlihatkan kerjasama dengan Group M untuk papan iklan digital Laguna, Seni jaya, dan AOS bagi memaparkan video kempen anti keganasan. Video tersebut ditayangkan serentak (roadblock) bermula 27 hingga 29 November di sekitar Lembah Klang.
Selain itu, filem ini turut bekerjasama dengan rakan kerjasama pemasaran strategik, Tune Talk.
Dapatkan sim pek Tune Talk edisi Kahar: Kapla High Council berharga RM35, dan lebih menarik memberi peluang kepada peminat untuk memenangi Lesen High Council.
Untuk maklumat lanjut dan pelbagai lagi tawaran, ikuti Tune Talk di media sosial atau layari laman web rasmi Tune Talk di https://www.tunetalk.com/.
Buat peminat, jangan lepaskan peluang untuk temui barisan pelakon di siri jelajah Kahar: Kapla High Counci pada 29, 30 November & 1 Disember di Kedah, Penang, Perak; 6, 7, 8 Disember di Negeri Sembilan, Johor Melaka; 13, 14, 15 Disember di Terengganu, Pahang.
Koleksi hoodie rasmi Kahar : Kapla High Council edisi terhad menawarkan dua warna iaitu hitam dan kelabu. Selain itu barangan lain yang boleh dijadikan koleksi adalah tote bag, baju-t, enamel pins dan banyak lagi akan dikeluarkan di masa akan datang.
Semua cenderahati eksklusif ini boleh didapati menerusi Gempak Official Store di platform Shopee.
Layari portal rasmi filem Kahar : Kapla High Council, www.highcouncil.com.my, yang akan memuat naik info, klip dan gambar eksklusif buat peminat.
Ikuti info dan pengumuman lanjut tentang filem ini menerusi akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak.
Gunakan #KaharKaplaHighCouncil #StopViolence #StopBully untuk berkongsi tentang filem ini di media sosial anda.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar