Hiburan
Baru Bersalin Anak Pertama, Intan Najuwa Dah Ada ‘Plan’ Untuk Kedua - “Itulah Perempuan Tak Serik, Sebab Dah Lupa…”
Pelakon Datin Intan Najuwa memberitahu dia tidak serik untuk hamil buat kali kedua biarpun melalui pengalaman bersalin anak pertama, Imane Lunara yang agak sukar.
Anak kedua
Intan menerusi video di TikTok memberitahu biarpun pernah berkata enggan lagi bersalin namun dia berubah fikir dan menyatakan hasratnya untuk mendapatkan anak lelaki.
“Sebenarnya saya pernah cakap yang saya tak mahu beranak lagi, tetapi sekarang saya sudah okay jadi rasanya boleh lagi (hamil).
“Saya nak lagi seorang, kalau boleh nak anak lelaki,” katanya.
Sudah pulih
Intan atau nama sebenar Intan Najuwa Abdul Wahid berkata, fikirannya berubah untuk menambah zuriat selepas pulih daripada sakit bersalin.
“Semasa keluar dari bilik pembedahan dulu saya dah berjanji dengan diri sendiri, tak nak beranak lagi dan berkata kepada suami, ‘sayang, saya tak nak lalui dah, sakit kena spinal lima kali.’
“Lepas dah hilang sakit, nak baby boy la lagi satu… last. Itulah perempuan tak serik-serik, sebab dah lupa sakit macam mana,” katanya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Perjalanan & Kemanisan Intan Najuwa Sepanjang Jadi Ibu - “Sama Ada Bersalin Secara Normal Atau Melalui Pembedahan, Kita Semua…”
ARTIKEL BERKAITAN: 8 Hari Di Hospital Penuh Cabaran! Intan Najuwa Kongsi Pengalaman Bersalin Czer - “Saya Jadi Panik & Fikir Akan Mati Kerana…”
ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa Luah Rasa Kesal, Ramai Kaum Wanita & Ibu Kritik Penampilannya - “Kenapa Muka Sembab? Kenapa Perut Masih Kembung Macam…”
Sekadar info, pelakon drama Racun Raihana itu telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ahmad Azraf pada 18 Ogos lalu.
Intan melahirkan cahaya mata pertama bernama Imane Lunara secara pembedahan pada 15 Disember tahun lalu.
Must-Watch Video