Education | Pendidikan

#GempakSpot: Doktor Kongsi Tips Untuk Ulser Mulut, Ini Mungkin Boleh Membantu Anda

Gempak Spot
11/06/2019
06:27 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: Doktor Kongsi Tips Untuk Ulser Mulut, Ini Mungkin Boleh Membantu Anda
Tahu macam mana nak cepatkan ulser mulut baik? Ulser mulut boleh baik sendiri dalam masa 1 - 2 minggu, tapi ada ubat yang orang boleh beli di farmasi untuk cepat baik.
Ubat Gel/Losyen
Ubat ini biasanya mengandungi bahan aktif bersifat anti-keradangan, antiseptik dan analgesik (tahan sakit). Ia adalah pilihan yang amat popular di kalangan para pengguna. Contoh ubat adalah seperti Muco-Aid, Oral Aid, Bonjela dan Gingival Gel.
Ubat Pes
Ubat jenis ini memberikan perlindungan dengan membentuk lapisan yang menutupi luka (ulser), dan sesetengahnya mempunyai kualiti anti-radang untuk mengurangkan sakit dan bengkak. Contoh ubat adalah seperti Keno, Oralon dan Difflam Forte.
Ubat Kumur
Ubat jenis ini mengandungi antiseptik untuk mengekang jangkitan dan pertumbuhan bakteria dalam mulut. Ia juga memudahkan proses membersihkan mulut ketika kehadiran ulser. Contoh ubat adalah seperti Oradex, Hexidine dan Bactidol Mouthwash.
Selain ubat, anda boleh juga amalkan tip-tip ini.
1. Minum air 2 liter sehari 2. Urus stress dengan baik 3. Tidur secukupnya 4. Berus gigi selepas makan 5. Pastikan gigi palsu bersih 6. Hindari fake braces 7. Makan sayuran/buah (tinggi vitamin) 8. Berhenti merokok
Kredit Gambar: Dr. Kamarul Ariffin @dr_chaku
Perkongsian ini dikongsi oleh Dr. Kamarul Ariffin Menggunakan akaun Twitter @dr_chaku dan mendapat lebih 5 ribu Retweet. Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke hello@gempak.com
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar