Gegar Vaganza 11

Kelab Peminat Dilabel Toksik, Sheila Abdull Pesan Jangan Panjangkan Sesuatu Isu - “Mungkin Mereka Nak Back Up Saya”

Khairil Khusyairi
10/02/2025
13:50 MYT
Sponsor Banner
Kelab Peminat Dilabel Toksik, Sheila Abdull Pesan Jangan Panjangkan Sesuatu Isu - “Mungkin Mereka Nak Back Up Saya”
Pemenang tempat ketiga Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11), Sheila Abdull beranggapan kelab peminatnya terlalu sayang terhadapnya sehingga wujud sentimen toksik.
Menurut Sheila, dia ambil maklum mengenai isu tersebut dan dia dan kelab peminat sentiasa berbincang hemah terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tindakan.
“Saya tahu sebab ramai yang bercakap pada saya. Saya rasa mungkin mereka terlalu sayangkan saya atau tak sanggup nak tengok komen-komen negatif yang saya dapat.
“Mungkin mereka nak back up saya. Saya tak salahkan mereka, cuma kalau ia terlalu kasar dan toksik kami akan berbincang tapi kalau melebihi dari apa yang kami kawal, saya biarkan pada mereka.
“Masing-masing dah dewasa dan kami masih berkawan, saya hormat pendapat semua,” katanya kepada Gempak usai konsert akhir yang berlangsung pada Ahad di Auditorium MBSA, Shah Alam.
Dalam pada itu, Sheila juga memaklumkan dirinya juga ada berpesan pada kelab peminatnya itu agar sentiasa berhemah dan tidak melangkaui batas.
“Ia datang dan pergi (komen negatif), hanya bagaimana kita nak ambil secara mudah atau betul-betul ambil berat perkara itu.
“Saya juga ada pesan pada mereka. Akan ada saja komen negatif dan jika berlarutan saya akan pesan jangan panjangkan sesuatu isu.
“Saya minta pada mereka jangan layan, saya di GV pun saya nak fokus persembahan terbaik,” jelasnya lagi.
Sheila juga menghargai segala usaha dan sokongan yang diberikan peminat terhadapnya sepanjang 12 minggu di pentas GV11.
“Tak baik (peminat takut), saya hargai setiap satu usaha yang diberi daripada mereka walaupun dianggap toksik dan berlebihan.
“Untuk orang tak minat saya sebab kelab peminat saya, saya hanya serah pada mereka. Ini adalah berkaitan orang yang minat ataupun tidak, kita tak boleh paksa.
“Saya hanya buat yang terbaik, kalau dia rasa tak selesa dengan orang sekeliling saya, saya tak boleh paksa, masing-masing ada pendapat dan cara,” katanya.
Sheila merangkul tempat ketiga sekali gus membawa pulang RM30,000 berserta trofi.
Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Alhahad, pentas akhir GV11 telah diadili oleh juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024