Hiburan

Diam-Diam Angga Yunanda, Shenina Cinnamon Menikah

Maliah Surip
10/02/2025
23:36 MYT
Sponsor Banner
Diam-Diam Angga Yunanda, Shenina Cinnamon Menikah
Aktor Dua Garis Biru dan Mariposa, Angga Yunanda membawa khabar mengejutkan tetapi bahagia.
Bintang tersebut mengumumkan sudah menikah dengan kekasihnya, pelakon Shenina Cinnamon yang berusia dua tahun lebih tua daripadanya.
Pengumuman tersebut dilakukan menerusi perkongsian foto pernikahan di Instagramnya. Angga malah meninggalkan kapsyen ringkas.
“Forever and always,” tulisnya seperti dilaporkan Kompas.
Namun pelakon muda berusia 24 tahun itu tidak memberikan sebarang butiran lanjut mengenai majlis tersebut. Malah sehingga artikel ini ditulis, belum ada butiran lain yang diberikan pasangan tersebut.
Sebaliknya pernikahan mereka dibuktikan menerusi foto termasuk buku pernikahan selain rakan-rakan industri termasuk Reza Rahadian yang dilihat meraikan perkahwinan mereka.
Malah peminat juga terkejut dengan berita perkahwinan mereka tetapi meraikan dan mengucapkan tahniah kepada Angga dan bintang filem Do You See What I itu.
Angga dan Shenina diketahui pertama kali bertemu pada tahun 2020 selepas terbabit dalam sebuah projek.
Mereka kemudian menjalin hubungan dan telah tiga tahun menjadi pasangan kekasih. Bagaimanapun Angga dan Shenina sentiasa bersikap sederhana sepanjang bercinta.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024