Gegar Vaganza 11

Gegar Vaganza 11: Lagu M.Nasir Beri Tuah! Dadali Dyrga Ke Pentas Akhir, Impian Ronnie Hussien Ranap

Asyraf Roslan
02/02/2025
15:45 MYT
Sponsor Banner
Gegar Vaganza 11: Lagu M.Nasir Beri Tuah! Dadali Dyrga Ke Pentas Akhir, Impian Ronnie Hussien Ranap

Bintang Gegar Vaganza 11 (GV11), Dadali Dyrga berjaya melayakkan diri ke pentas akhir selepas diumumkan sebagai juara mingguan pada minggu separuh akhir.

Kemenangan itu sekali gus memberikan Dadali Dyrga membawa pulang Anugerah Terpaling Adabi dan wang tunai berjumlah RM2,000 dan barangan Adabi sebanyak RM500.

Mengikut kedudukan sebenar, Liza Aziz dan Shiela Abdull pula berjaya menduduki tangga kedua dan ketiga.

Sementara itu, The Lima, Zehra Zambri dan Ronnie Hussien kurang bernasib baik apabila berada ditangga tiga terbawah.

Namun, persembahan Ronnie yang menyampaikan lagu Impian Cinta & Revolusi gagal menambat hati juri sekali gus menamatkan harapanya untuk mara ke pentas akhir GV.

Untuk minggu akhir, bintang yang masih kekal dicabar dengan tema 'Its Final' di mana finalis GV dicabar untuk menyanyikan lagu-lagu
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Lebih istimewa, minggu separuh akhir juga menyaksikan Datuk M.Nasir menjadi juri jemputan.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024