Tempatan

Nissan Lancar GT-R Edisi Terhad, Premium Edition Dan Track Edition - Pembeli Dipilih Secara Undian

Erywan
14/09/2021
07:53 MYT
Sponsor Banner
Nissan Lancar GT-R Edisi Terhad, Premium Edition Dan Track Edition - Pembeli Dipilih Secara Undian
Nissan Motor Co Ltd melancarkan model GT-R baharu untuk pasaran Jepun dengan sentuhan pakej T-Spec membabitkan GT-R Premium Edition dan GT-R Track Edition.
Bagi kedua-dua edisi terhad T-spec, ia dilengkapi khas dengan brek seramik karbon eksklusif, spoiler belakang serat karbon, penutup enjin eksklusif dan lencana eksklusif untuk bahagian depan dan belakang.
Sebanyak 100 unit model edisi terhad dirancang untuk dijual, dengan pembeli yang berjaya dipilih secara undian. Dua warna baru ditawarkan membabitkan Midnight Purple dan Millennium Jade.
Bentuk luarannya tampak menyerlah dengan penggunaan rim tempaan aloi Rays warna gangsa yang lebih lebar sekali gus memberi pengendalian lebih baik serta responsif.
Bagi GT-R Track Edition pula disempurnakan dengan teknologi NISMO yang mana ada sedikit perbezaan apabila dilengkapi dengan atap serat karbon eksklusif dan penutup bagasi.
Namun prestasinya masih lagi sama dengan menggunakan enjin VR38DETT 3.8 liter pengecas turbo berkembar yang menyalurkan 565hp yang digabungkan transmisi enam kelajuan klac berkembar.
Harga bagi GT-R Premium Edition dan GT-R Track Edition masing-masing dijual pada Yen 15,904,900 (RM599,860) serta Yen 17,881,600 (RM674,412). Bagi pasaran negara itu, model itu akan dijual bermula pada pertengahan Oktober ini.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar