Antarabangsa

Honda CBR250RR Versi 2020 Banyak Jajan Dan Lebih Kuasa Mencecah 41bhp

Erywan
29/01/2020
06:14 MYT
Sponsor Banner
Honda CBR250RR Versi 2020 Banyak Jajan Dan Lebih Kuasa Mencecah 41bhp
Di Malaysia, khabar Honda CBR250RR masih lagi samar kerana tidak maklumat lanjut sama ada ia akan di bawa masuk ke negara ini.
Untuk pengetahuan anda, selagi jentera itu tidak memenuhi standard piawaian Euro 4, ia tidak akan dibawa ke negara ini.
Paling mudah untuk memahaminya, sekiranya CBR250RR itu dilancarkan di negara Eropah, kebarangkalian ia untuk memasuki negara ini adalah tinggi. Jadi, kita tunggu sahaja pengumuman oleh Honda nanti. Berbalik kepada CBR250RR, ia dikatakan sedang dinaik taraf untuk menjadi pesaingan sengit buat Kawasaki ZX-25R.
Menurut laporan laman sesawang Young Machine, sportbike versi 2020 itu kini dikatakan tampil dengan wajah lebih menarik, selain enjin memiliki kuasa tambahan.
CBR250RR kini dijana dengan enjin 249cc, dua silinder selari dan DOHC yang menghasilkan 38.7hp pada 12,500rpm, tetapi berdasarkan laporan jentera baharu itu dikatakan memiliki kuasa tambahan dengan 41bhp. Dijangka motosikal baharu itu bakal menggunakan sistem throttle-by-wire, selain memiliki tiga mod tunggangan iaitu Comfort, Sport dan Sports+.
Turut dilaporkan juga, ia bakal dilengkapi ciri quickshifter, blipper, klac slipper dan mempunyai paparan LCD seperti model CBR500R.
Jentera baharu yang diberi nama kod K64J itu masih tidak mempunyai harga rasmi, tetapi ada yang mendakwa ia dijual sehingga RM31,100 berdasarkan maklumat didedahkan oleh pengedar selepas menghadiri persidangan Honda. Gambar itu juga didakwa dikongsikan oleh pengedar yang hadir pada persidangan berkenaan. Pada masa sama, jentera berkenaan dikatakan memiliki tiga warna membabitkan hitam, HRC Tricolour dan putih. Di jangka motosikal itu akan dilancarkan pada Julai ini.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar