Hiburan

Wani Kayrie Belum Terbuka Hati Nak Bercinta, Tetap Anggap Afieq Shazwan Kawan Baik - “Saya Sendiri Pun Masih…”

Asyikin Mayudin
26/11/2024
05:55 MYT
Sponsor Banner
Wani Kayrie Belum Terbuka Hati Nak Bercinta, Tetap Anggap Afieq Shazwan Kawan Baik - “Saya Sendiri Pun Masih…”
Penyanyi Wani Kayrie menegaskan dia dan penyanyi Afieq Shazwan masih berkawan baik dan mereka juga sudah menjalinkan persahabatan dari kecil lagi.

Masih rakan baik

Hanya mahukan doa yang baik-baik, penyanyi berusia 24 tahun ini bagaimanapun enggan mengulas mengenai kenyataan Afieq yang mengatakan dia sanggup menunggu cinta Wani.

“Afieq sebenarnya rakan baik saya… kita memang dah berkawan dari kecil. Bagi saya, kalau orang mendoakan yang baik-baik, suka melihat kami bersama, rapat, doa yang baik-baik saja la.

“Kita tak tahu perjalanan karier macam mana, saya dan dia pun dalam industri yang sama, sama-sama cari makan, buat lagu, menyanyi. Bagi saya, fokus utama adalah kerjaya.
“Dengan kenyataan itu, apa yang saya boleh kata doa yang baik-baik saja la,” kata Wani kepada Gempak ketika ditemui di sidang media pelancaran video muzik lagu terbaharunya berjudul ‘Aiman Tino’.

Belum terbuka hati

Dalam pada itu, Wani memberitahu dia belum terfikir untuk bercerita soal cinta memandangkan dirinya masih meletakkan kerjaya seni sebagai fokus utama dalam hidupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wani Kayrie Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Sepupu Sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Wani Kayrie Enggan Terburu-Buru, Keluarga Tak Galak Kahwin Muda - “Saya Banyak Komitmen, Kadang-Kadang Sabar Itu Lebih Indah”

ARTIKEL BERKAITAN: Wani Kayrie Tak Sangka Sarah Suhairi Kahwin Dulu, Ciri-Ciri lelaki Idaman & Status Hubungan Dengan Afieq

“Mungkin dia banyak keluar lagu cinta, mana tahu itu marketing dia saja… kita tak tahu. Macam saya, sebab saya sendiri pun masih muda dan nak bercerita fasal cinta ini belum lagi kot.
“Saya rasa belum tiba masa untuk bercakap soal cinta. Sebab sekarang ini saya fokus pada keluarga, mak saya yang tak berapa nak sihat, fokus pada diri saya, pada mereka yang menantikan karya saya.

“Bagi saya, kerjaya ini adalah kerjaya yang saya nanti-nantikan selama lebih 10 tahun. Untuk berada di sini bukan mudah, sebab itu saya menepis apa-apa tentang percintaan dan penghubungan.

“Sebab saya rasa benda itu, kalau orang kata jodoh, dia akan datang juga. Selagi saya masih muda, kudrat masih ada, saya akan teruskan dengan apa yang saya ada sekarang,” ujarnya.
Sebelum ini, Afieq menerusi temu bual bersama sebuah portal hiburan membuat pengakuan jujur dengan mengatakan dia sanggup menunggu cinta Wani Kayrie.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar