Hiburan

Bapa Sharnaaz Ahmad Meninggal Dunia - “Ayah Saya Tak Pernah Berputus Asa Untuk Melawan…

Ainun
27/11/2024
00:26 MYT
Sponsor Banner
Bapa Sharnaaz Ahmad Meninggal Dunia - “Ayah Saya Tak Pernah Berputus Asa Untuk Melawan…
Bapa kepada pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Datuk Basir Ahmad telah kembali ke rahmatullah pada 1.40 pagi, Rabu.
Berita pemergian bapanya itu dimaklumkannya sendiri menerusi akuan Instagram miliknya.
Menerusi hantaran tersebut, Sharnaaz meluahkan rasa sedihnya atas pemergian bapanya yang tercinta.
“Wira saya telah pergi dengan tenang pada pukul 1.40 pagi tadi. Ayah saya tidak pernah berputus asa untuk melawan, tetapi jantungnya akhirnya berhenti berdegup. Dia akan selamanya menjadi wira dan juara saya.

“Saya sayang papa… Al-Fatihah buat papa. Terima kasih kerana menjadi seorang bapa yang hebat kepada kami semua. Saya hanya separuh kuat seperti papa, separuh baik sebagai seorang bapa seperti papa.

“Sekarang, ajarlah saya untuk menjadi seorang bapa yang hebat seperti papa dari syurga ya,” kongsinya di Instagram.
Jenazah kini dibawa pulang ke kampung halamannya, di Georgetown, Pulau Pinang dan akan dikebumikan selepas solat asar.
Rakan-rakan artis turut menzahirkan ucapan takziah buat pelakon tersebut.
Terdahulu, Sharnaaz Ahmad sempat berkongsi keadaan bapanya ketika sedang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaysia, Kuala Lumpur.

BERITA TRENDING: Ucap Terima Kasih, DSV Anggap Isu Viral Hanya Ujian - “Walaupun Memang Aib”

BERITA TRENDING: Mierul Aiman Tak Pernah Kena Buli Di Set, Akui Tidak Sukar Bergaul Dengan Senior - “Kita Kena Tahu Adaptasi…”

BERITA TRENDING: “Alhamdulillah, Saya Pun Tak Sangka” - Kelas Tahanan Cikgu Hiragi ‘Mendonia’, Nadhir Nasar Syukur Ramai Yang Suka

BERITA TRENDING: "Rasa Menyucuk-Nyucuk, Bisa Macam Nak Pecah" - Mak Engku

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar