Laman Utama
[VIDEO] Kembang Tekak Che Ta Dapat Bihun Tom Yam 'Recycle'! - "Saya Dah Makan Separuh Tiba-Tiba..."
Pelakon Rozita Che Wan atau mesra disapa sebagai Che Ta meluahkan rasa kesal terhadap tindakan sebuah kedai makan yang tidak menjaga kualiti makanan.
Menerusi sepotong video yang dimuat naik di TikTok, Che Ta menunjukkan bihun tom yam yang dipesan dari kedai tersebut mempunyai butir nasi yang tidak sepatutnya ada dalam makanan tersebut.
Che Ta mendakwa makanan tersebut merupakan bekas pelanggan lain yang tidak habis dimakan kemudian dibungkus dan diberikan kepadanya.
“Saya tempah bihun tom yam tapi yang dapat tom yam sahaja. Lepas itu saya dah makan separuh tiba-tiba perasan ada nasi dalamnya.
“Jadi saya jangka ini bekas order nasi dan tom yam orang lain kemudian gerai itu bungkus bagi dekat saya.
Macam mana dia berniaga? Tergamaknya, macam dah bekas-bekas orang makan,” katanya.
Kecewa dengan kejadian tersebut, isteri kepada aktor Zain Saidin itu berkata dia tidak akan berkunjung lagi ke kedai terbabit.
“Dah masuk setengah masuk dalam perut, macam mana ni? Sudah lah tak mahu tempah lagi dekat kedai tu,” kesal Che Ta.
Rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman yang sama seperti aktres tersebut.
“Saya pernah terkena juga... ada sisik ikan dalam kue tiau tom yam yang saya beli dah makan separuh dah baru sedar ada sisik ikan dalam tom yam.
“Lama tak beli tom yam sebab ayamnya secebis dua saja. Yang banyaknya serai, bawang… nak hirup kuah pun kena selak-selak.
“Ok lagi ada nasi dalam tu… saya makan tom yam ada najis tikus dalam tom yam tu,” komen beberapa netizen.
Must-Watch Video