Hiburan

Tidak Paksa Anak Berpuasa Penuh, Ini Penjelasan Sazzy Falak

Hanafis Haris
29/05/2019
12:06 MYT
Sponsor Banner
Tidak Paksa Anak Berpuasa Penuh, Ini Penjelasan Sazzy Falak
Pelakon dan pengacara, Sazzy Falak mengambil pendekatan untuk tidak memaksa dua anak kembarnya berpuasa penuh.
Menurut Sazzy, keputusan itu dibuat selepas memikirkan dua anak kembarnya Iman Lilly dan Tiara Rose baru berusia lapan tahun.
“Mereka mula belajar berpuasa tahun lalu dan berjaya puasa penuh selama 14 hari hasil galakan nenek mereka.
"Tahun ini nenek mencabar mereka untuk berpuasa 15 hari atau lebih daripada tahun lalu.
"Setakat ini, mereka berjaya menyahut cabaran itu,” katanya.
Jelas Sazzy lagi, biarpun tidak memaksa namun dia tetap pastikan kedua-dua anaknya itu bangun bersahur bersama keluarga.
"Selalunya saya akan bangun dan panaskan lauk serta roti canai untuk mereka bersahur bersama. Menu sahur kegemaran mereka pula adalah roti canai yang dimakan bersama kuah kari.
"Anak-anak saya semuanya lidah Melayu tau, sahur pun nak roti canai. Sama juga seperti saya lebih prefer makanan Melayu sejak dulu," katanya.
Sazzy berkata demikian ketika ditemui di program amal bersama rakan selebriti iaitu Celepets (Celebrities With Pets Project) baru-baru ini.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024