VIRAL
Abang Arwah Nurly Maklum Keluarga Tidak Akan Terima Tetamu Lagi - “Beri Ruang Ibu Bapa Rehat”
Abang kepada seorang daripada 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam nahas di Gerik, iaitu Allahyarham Nurly Shahirah Azman, 23, memaklumkan keluarga mereka tidak akan menerima sebarang pelawat sehinga Sabtu depan.
Beri ruang ibu bapa berehat
Berita itu dimaklumkan sendiri menerusi hantaran terbaharu di akaun Facebook miliknya.Menurut Mohd Najmuddin Azman, 28, keputusan itu dibuat bertujuan memberi ruang kepada keluarga khususnya buat kedua ibu bapa arwah yang tidak mendapat rehat yang mencukupi sejak kehilangan anak tersayang.
“Bagi peluang umi abah saya berehat seketika. Dari awal kematian sehingga sekarang belum rehat sepenuhnya. Insya-Allah ada rezeki boleh datang ziarah,” katanya dalam hantaran tersebut.
Kediaman keluarga ditutup buat sementara waktu
Maklumat itu juga turut dikongsi seorang pengguna media sosial iaitu Ahmad Nazrul yang memaklumkan keluarga Allahyarham Nurly tidak akan menerima sebarang tetamu bermula 2 sehingga 5 Julai.Katanya, kediaman keluarga arwah juga ditutup buat sementara waktu kepada orang ramai yang ingin menziarahi.
Terdahulu, kubur pelajar UPSI itu tidak putus dikunjungi orang ramai, malah rumah keluarga arwah juga menjadi tumpuan pengunjung berziarah.“Pihak keluarga Allayarham Nurly Sahirah tidak menerima tetamu bermula 2 Julai bersamaan hari Rabu sehingga 5 Julai, Sabtu.“Rumah keluarganya juga ditutup kepada umum. Harap dapat kerjasama sepenuhnya,” maklumnya.
Untuk info, seramai 15 pelajar UPSI maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar universiti itu dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik, Perak, 9 Jun lalu.
Selain Nurly Shahirah, kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 1.10 pagi itu turut meragut nyawa 14 orang penuntut universiti berkenaan.
Must-Watch Video