Laman Utama

“Terhutang Budi Saya, Mereka Orang Hebat” - Hafiz Mahamad Mahu Orang Ramai Ingat Kebaikan UEL, Caprice & Nadir!

Hanafis Haris
23/07/2021
01:00 MYT
Sponsor Banner
“Terhutang Budi Saya, Mereka Orang Hebat” - Hafiz Mahamad Mahu Orang Ramai Ingat Kebaikan UEL, Caprice & Nadir!

Enggan menyebelahi mana-mana pihak, personaliti media sosial dan usahawan Hafiz Mahamad sebaliknya berkongsi beberapa kebaikan Ustaz Ebit Lew (UEL), Caprice dan Nadir Al-Nuri.

Menurut Hafiz, ketiga-tiga mereka ini merupakan insan yang hebat dan banyak membantunya satu ketika dulu.

“Banyak sangat kebaikan mereka buat. Hebat dan kuat sangat mereka jalankan tanggungjawab. Ramai orang dibantu daripada usaha mereka sebelum ni termasuklah diri saya sendiri.

“Jom kita melihat kebaikan mereka Ustaz Ebit Lew pernah bantu team saya di Perak, team saya kehilangan suami dan dua orang anak disebabkan kemalangan.

“Terhutang budi saya dekat ustaz,” katanya.

Jelasnya, Caprice pula antara sahabat yang saya dapatkan nasihat satu ketika dulu.

“Sedikit sebanyak apa saya ada hari ini saya gunakan nasihatnya.

“Nadir pula ya Allah, besar pengorbanan dia untuk bumi Palestin. Kuat sangat dia untuk menetap disana bantu saudara kita di bumi Allah.

“PA Ustaz Ebit Lew saya tengok live dia, hebat dia. Dah bertahun kerja dengan ustaz, pasti banyak ilmu dia dan satu hari nanti kita dapat rasa manfaat dari ilmu dia,” katanya.

Tambahnya, sekiranya kita ingat kebaikan mereka dan insya-Allah kita elak perasaan yang bukan-bukan.

“1000 kebaikan akan hilang disebabkan satu keburukan/kesalahan. Untuk Allah, 1000 kesalahan boleh diampun disebabkan satu kebaikan.

“Kita ingat kebaikan kebaikan mereka. Satu hari nanti kalau ada ahli keluarga, sahabat kita yang susah & kita terlepas pandang.

“InsyaAllah mungkin mereka yg di atas ni akan hadir untuk membantu. Kita support dan doakan mereka selalu,” katanya.

Sekadar info, sebelum ini nama Caprice menjadi kontroversi selepas memuat naik beberapa hantaran di Instagram (IG), meluahkan rasa tidak puas hati apabila tidak dibenarkan masuk ke Gaza.

Isu menjadi semakin panas apabila nama Ebit Lew turut disebut dan warganet mengecam tindakan tersebut sehingga mendakwa Caprice berdengki dengan penceramah bebas tersebut.

Rakyat Malaysia yang tinggal di Gaza, Nadir Al-Nuri kemudian menjadi tumpuan apabila memberi teguran mengenai misi kemanusiaan Ebit Lew dan pasukannya di Gaza.

Antara yang disentuh dalam teguran tersebut adalah mengenai cara pembelian barang bantuan dan mendakwa pihak Ebit membayar kos yang tinggi kepada sebuah syarikat bagi menguruskan kemasukan m ke Gaza tanpa menggunakan khidmat NGO tempatan di negara tersebut.

BACA: Caprice Tuduh Dirinya Sujud Kaki Menteri Di Gaza, Ebit Lew; "Perkara Ini Libatkan Akidah Saya"

BACA: Digelar Dajal & Makan Duit Haram Ebit Lew Nafi Bawa Duit Rakyat Malaysia Masuk Gaza

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024