Hiburan
“Adik-Beradik Pun Boleh Gaduh” - Perselisihan Faham Antara Elly Mazlein & Nabil Ahmad Kembali Jernih Semula
Pengacara Elly Mazlein mengakui pernah berlaku perselisihan faham antara dirinya dan Nabil Ahmad ketika mereka bersama-sama mengendalikan program All Star Gegar Vaganza dua tahun lalu.
Bagaimanapun Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 45, menjelaskan salah faham antara mereka telah pun diselesaikan dan hubungan persahabatan mereka kini kembali seperti sediakala.
“Adik-beradik pun boleh bergaduh, inikan pula saya dengan Haji Nabil.
“Memang ada merajuk sikit dengan Nabil masa All Star Gegar Vaganza, tapi itu perkara biasa. Apa yang lebih penting adalah ukhuwah di antara kami masih kuat,” katanya kepada Gempak.
Elly berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pengumuman duta Jakel Raya di Jakel Mall, Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Malah kata Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina, dia tidak mengambil masa yang lama untuk merajuk dengan Nabil.
“Takdelah lama pun merajuk, sekejap sahaja masa All Star Gegar Vaganza je,” ujarnya.
Sementara itu, Nabil pula menganggap isu di antara mereka telah pun berlalu selepas masing-masing mengambil masa untuk menenangkan diri.
Malah, dia sama sekali tidak mempunyai masalah untuk bekerja dengan Kak Lina jika digandingkan semula pada masa akan datang.
“Saya dengan Kak Lina okay sahaja. Kami berkawan seperti biasa, jadi nak kerja ke apa semua okay, tiada masalah.
“Cuma mungkin isu itu membuatkan keadaan pada ketika itu tak berapa baik, melibatkan banyak pihak pula.
“Masa itu masing-masing ambil keputusan untuk beri ruang dahulu dan sekarang semua dah okay,” jelasnya.
Nabil turut menyatakan dia dan Kak Lina tidak saling menyalahkan atas apa yang telah berlaku. Malah, mereka sering bertemu memandangkan mereka bekerja di stesen radio yang sama.
BERITA TRENDING: Mesra Berpelukan Dengan Peminat, Netizen Dedah Sifat Keperibadian Jefri Nichol - “Dia Memang Begitu Kalau…”
BERITA TRENDING: “Jangan Salah Faham, Bukan Amal Konsep 'Child Free'” - Julia Farhana Pilih Pakai IUD, Mahu Fokus Belajar Sampai PhD
BERITA TRENDING: Ditanya Tentang Pertuturan, Andika Putera Tak Sentap, Mengaku Pelat R & S - “Tak Pernah Kisah Pun Apa Orang Nak Kata”
BERITA TRENDING: “Rehatlah Abah, Dunia Terlalu Kejam Untuk Mu” - Luahan Anak Pak Cik OKU Mangsa Pukul Di Pasar Tani Undang Sebak Netizen
Sekadar info, Kak Lina dan Nabil merupakan antara selebriti yang dilantik menjadi duta jenama Jakel, bersama nama-nama lain seperti Fattah Amin, Amira Othman, Cik Epal, Anzalna, dan kumpulan Senario bagi memeriahkan kempen raya tahun ini.
Must-Watch Video