Hiburan

Taufiq Hanafi Seloroh Doa Berjodoh Dengan Selebriti Di Jabal Rahmah Ketika Tunai Umrah - “Kalau Tak Dapat Ariana Grande, Sofia Carson Pun Jadi Lah”

Khairil Khusyairi
03/02/2025
03:50 MYT
Sponsor Banner
Taufiq Hanafi Seloroh Doa Berjodoh Dengan Selebriti Di Jabal Rahmah Ketika Tunai Umrah - “Kalau Tak Dapat Ariana Grande, Sofia Carson Pun Jadi Lah”
Pelakon Taufiq Hanafi berkongsi pengalaman menunaikan ibadah Umrahnya baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Taufiq memuat naik momen dia menziarahi salah satu tempat bersejarah di Tanah Suci iaitu Jabal Rahmah.
Kongsi pelakon filem Malbatt: Misi Bakara itu, dia memohon doa kepada Allah agar cepat ditemukan jodoh.
Namun, apa yang menjadi perhatian adalah Taufiq berseloroh apabila berharap dia bertemu jodoh dengan selebriti-selebriti popular.
“Semoga doa aku di sini di makbul kan. Kalau tak dapat Ariana Grande, dapat Sofia Carson pun jadi la, nak Daiyan Trisha, dia kenal aku pun tidak.
“Jabal Rahmah adalah titik pertemuan Nabi Adam dan Hawa. Tempat di mana ramai yang akan berdoa untuk bertemu jodoh masing-masing.
“Doa kan ye..ibu da tanya-tanya dah tu,” tulis Taufiq.
Dalam pada itu, Taufiq juga menyifatkan ibadah umrah tersebut adalah perjalanan yang banyak mengajar banyak perkara buat dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Taufiq Hanafi Kongsi Resume Cari Kerja Buat Netizen Terkejut – “Padu Ni, Job Nanti Mesti Berduyun Masuk”

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024