Hiburan

Lee Joo Sil, Bintang Veteran Squid Game Meninggal Dunia

Maliah Surip
03/02/2025
06:55 MYT
Sponsor Banner
Lee Joo Sil, Bintang Veteran Squid Game Meninggal Dunia
Salah seorang bintang veteran Korea Selatan, Lee Joo Sil, meninggal dunia pada usia 81 tahun.
Sepanjang enam dekad berkarier, Joo Sil telah terbabit dengan naskhah-nakshah hebat seperti Squid Game dan Train to Busan.
Joo Sil membaw watak seorang detektif yang menyamar, Hwnag Joon Ho yang juga merupakan ibu Wi Ha Joon.
Menerusi laporan CNA, Joo Sil meninggal dunia kerana menderita kanser di kediaman keluarganya di Uijeongbu.
Dia didiagnos kanser pada November tahun lalu.
“Sejak tiga bulan lalu kesihatannya merosot teruk selepas disahkan menghidap kanser,” ujar kenyataan yang diberikan kepada media massa.
Sebelum ini Joo Sil pernah mendedahkan dirinya didiagnos mengalami kanser payu dara tahap empat sekitar 30 tahun lalu dan doktor mengatakan jangka hayatnya hanya setahun. Dia bagaimanapun berjaya melawan kanser tersebut.
Joo Sil debut pada 1965 dan menjadi salah seorang selebriti Korea Selatan yang terkenal sekitar tahun 1970-an dan 1980-an.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024