Laman Utama

Smart! Foto Pra Perkahwinan Noh Salleh & Fatin Athira Dapat Pujian Netizen

Asyikin Mayudin
25/09/2023
11:50 MYT
Sponsor Banner
Smart! Foto Pra Perkahwinan Noh Salleh & Fatin Athira Dapat Pujian Netizen
Majlis pernikahan dan resepsi penyanyi Noh Salleh dengan isterinya, Fatin Athira Mustapa yang berlangsung pada Sabtu lalu masih menjadi perbualan netizen di laman sosial.
Bukan sahaja hari bahagia pasangan itu yang menarik perhatian, malah beberapa keping foto pra perkahwinan mereka juga menjadi tular di media sosial.
Foto pra perkahwinan Noh dan isterinya yang juga seorang peguam itu dimuat naik di akaun Instagram milik jurugambar yang dikenali sebagai Amin Arsh.
Menerusi perkongsian foto itu memperlihatkan Noh dan isterinya memakai sut lengkap dan gambar mereka turut mendapat pujian daripada netizen.
Rata-rata netizen memuji foto itu yang kelihatan sangat kemas dan cantik.
“Terlalu cantik ini.
“Smart gila la!
“Kau memang luar biasa min,” komen di ruang perkongsian itu.
Terdahulu, Noh mengesahkan dia dan pasangannya selamat bernikah pada Sabtu lalu dengan memuat naik foto ketika majlis pernikahan mereka di Instagram.
Pasangan itu juga kelihatan sungguh manis mengenakan busana putih cream ketika duduk di ata pelamin minimalis yang disediakan.
Noh dan Athira melangsungkan pertunangan pada 7 Mei lalu dan kad undangan perkahwinan mereka mula tersebar sejak awal Ogos lalu.
Noh sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina pada 2 Julai 2011, namun bercerai pada Ogos lalu.
BACA SINI: Manis Berbusana Putih, Senyum Malu-Malu, Noh Salleh & Athira Selamat Bernikah
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar