Laman Utama

Seluar Terkoyak Pada Bahagian Tengah Sewaktu Lincah Menari, Amber An: “Saya Anggap Itu Takdir”

Maliah Surip
14/07/2023
07:46 MYT
Sponsor Banner
Seluar Terkoyak Pada Bahagian Tengah Sewaktu Lincah Menari, Amber An: “Saya Anggap Itu Takdir”
Mengalami kegagalan fungsi pakaian di atas pentas adalah momen yang sangat memalukan bagi semua penghibur.
Namun ia tidak pernah dapat dijangka dan dielakkan meski mereka adalah penghibur gred A.
Mungkin itu yang baru dialami oleh penyanyi popular Taiwan, Amber An apabila berdepan dengan insiden memalukan yang tidak dijangkanya.
Seluar penyanyi berusia 37 tahun tersebut koyak pada bahagian tengah sewaktu dirinya lincah menari.
Insiden tersebut berlaku pada minggu lalu sewaktu dia membuat persembahan di sebuah festival iaitu Kaohsiung Beer Rock Fest.
Dia hanya sedar seluarnya koyak beberapa detik selepas itu sebelum berlari ke belakang pentas untuk menukar seluar baru.
Sayangnya Amber An yang tidak menyedari insiden tersebut berlaku sehingga ada dalam kalangan peminat yang telah merakam lalu menyebarkannya di internet.
“Saya terlalu seronok menarik. Jadi apabila saya dengan ada yang mengatakan seluar saya koyak pada bahagian tengah, saya anggap itu memang takdir,” katanya seperti dilaporkan 8Days.
Meski malu dengan insiden yang terjadi, Amber An tetap bersikap selamba menjawab usikan yang ditinggalkan penggemarnya di media sosial.
Saat diusik dengan kata-kata: “Kenapa seluar anda tidak koyak sewaktu saya berada di sana? Saya pasti akan ketawa sehingga menangis”, Amber An menjawab santai.
Dia berkata: “Saya mahu tanya anda. Berapa lama anda akan ketawakan saya?”
Amber An memulakan kariernya pada tahun 2009 sebelum menjadi salah seorang bintang paling popular di Taiwan sehingga kini.
Dia yang juga merupakan seorang hos dan model pernah diundi sebagai Wanita Terseksi Versi Taiwan oleh majalah FHM pada tahun 2011.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar